Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Bot Bawa 60 Migran Karam Di Pantai Tripoli

BEIRUT, 24 April (Bernama) — Sebuah bot membawa 60 pendatang asing, karam di luar pantai bandar Tripoli, Lubnan, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut Palang Merah Lubnan pada Sabtu.

“Bot yang membawa 60 penumpang itu karam. Pasukan Palang Merah Lubnan menghantar tujuh ambulans ke pelabuhan Tripoli untuk bantuan,” ciapnya di Twitter.

Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan seorang remaja terbunuh dan 27 lagi mangsa hilang manakala yang lain diselamatkan tentera laut.

BACA JUGA: KD Jebat Patahkan Cubaan 21 Bot Nelayan Asing Masuk Perairan Negara

— BERNAMA

Faiz Mustafa