Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Ya, kehadiran anak kecil di rumah akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri serta keluarga tercinta.
Begitu juga dengan pasangan ini yang mana mereka cukup teruja apabila penantian sekian lama berakhir dengan khabar gembira.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook, Nik Mohamad Khairi yang mendakwa pasangan ini telah berkahwin selama 18 tahun dan baru sahaja menimang anak sulung.
“Dengan mak, mak mentua dan seluruh ahli keluarga meraikan dengan penuh kegembiraan, kita tengok pun sedih sama,” tulis Nik dalam hantarannya.
Dalam video ini menunjukkan seorang lelaki yang mungkin ayah kepada anak kecil ini menangis kegembiraan selepas memegang bayi yang diberikan oleh salah orang pegawai perubatan di hospital tersebut.
Video yang berdurasi lebih 1 minit itu menunjukkan dari jauh keluarganya datang dalam keadaan teruja menyambut kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka ini dengan melemparkan gula-gula ke arah lelaki berkenaan dipercayai sebagai tanda kesyukuran dan kemanisan.
Lebih teruja lagi, mulut mereka tidak berhenti melafazkan rasa syukur kepada Allah dan tidak lepas dengan berselawat ke atas Nabi.
Tidak dinafikan, siapa sahaja yang tidak gembira dengan hadirnya cahaya mata dalam keluarga mereka.
Kisah pasangan ini mendapat perhatian orang ramai seluruh dunia selepas videonya tular pada hari ini.
Sumber: Nik Mohamad Khairi