Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menurut kenyataan kes, bayi itu ditemui sudah tidak bernyawa dengan kesan lebam pada bibir dan mata yang ‘kaku’ pada pagi hari kejadian – disaksikan oleh ayahnya (suspek).
Difahamkan, setelah melihat anaknya sebegitu, suspek cuba untuk menyelamatkan bayi berkenaan dengan menggunakan rawatan opioid namun dalam dos yang berlebihan.
Akhirnya, pihak berkuasa menemui bayi berkenaan dalam keadaan tidak bernyawa lagi dan membawanya ke hospital sebelum doktor mengesahkannya telah meninggal dunia.
Hasil bedah siasat mendapati, bayi malang tersebut maut kerana mengalami mabuk yang teruk disebabkan oleh kesan campuran heroin dan fentanyl.

Sementara itu, peguam kes, Tien Tran berkata, suspek didakwa menggunakan heroin pada hari kejadian dan turut memberikannya kepada bayi tersebut.
Oleh itu, suspek berdepan dengan pertuduhan membunuh tanpa sengaja, pembunuhan secara cuai dan membahayakan kanak-kanak berhubungan kematian anaknya itu.
Menurut Tran, bayi itu ditemui dengan jumlah fentanyl dan heroin pada kadar yang membimbangkan dalam badannya.
Bagaimanapun pihak polis masih belum menentukan bagaimana bahan-bahan tersebut boleh masuk ke dalam badan bayi itu.
Merujuk Daily Mail lagi, suspek juga turut mengaku kepada pihak polis bahawa dia ada menyimpan paket heroin di dalam bilik mandinya.
Namun akhirnya kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh berdasarkan keputusan polis bersama Pejabat Peguam Daerah Kings County – perbicaraan kes.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama anak penulis tersohor tersebut berdepan dengan tindakan undang-undang atas tuduhan jenayah.
Sejak remaja lagi, suspek dilapor sudah kerap berkunjung ke kelab malam di sekitar New York dan terlibat dengan dadah ketika itu.
Sumber: Daily Mail