Siakap Keli
perbezaan 'spare part' kereta
Gambar: Auto Deluxe via Google

Perbezaan ‘Spare Part’ Kereta: Apa Beza Original, OEM, Aftermarket, Beli Online & Mana Lagi Ok? Ini Jawab Mekanik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perbezaan ‘spare part’ kereta atau lebih mudah disebut sebagai alat ganti, antara versi original (dari pengeluar), OEM, after market atau beli online, mana yang anda percaya?

Memiliki sebuah kereta idaman sememangnya impian kebanyakan orang. Berbanding motorsikal, kereta lebih mudah dibawa ke mana-mana kerana boleh bergerak dalam jarak yang jauh dengan selesa.

Walau bagaimanapun, kereta juga memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi sekiranya mengalami kerosakan pada bahagian tertentu.

Sebagai pemilik kereta, semestinya kita mahu memastikan setiap peralatan yang digunakan untuk membaiki atau mengubahsuai kereta berkualiti dan murah.

Namun, bagaimana kita mahu mengenalpasti sama ada peralatan itu berkualiti ataupun tidak kerana terdapat banyak jenis barang yang dijual di pasaran.

Untuk itu, mari  kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh seorang pengguna Twitter yang juga merupakan ‘ahli’ dalam bidang automotif, Rizarul Azim.

Perbezaan ‘Spare Part’ Kereta: Apa Beza Original, OEM, Aftermarket & Beli Online? Ini Jawab Mekanik

Sebagai seorang seller sparepart kereta, mekanik tak bertauliah “godek godek” sendiri, saya nak share sikit dekat sini apa beza spare part original / oem / aftermarket performance parts / spare part Shopee.

Parts original ini akan datang dalam packaging siap logo asal manufacturer kenderaan tersebut. Contohnya Volkswagen. Siap label, Part Number dia pun semua dia tulis. Maknanya kita tahu, benda ni datang dari Volkswagen. Tapi, adakah barang ni Volkswagen sendiri yang buat?

Barang OEM (original equipment manufacturer) ni pulak adalah manufacturer lain yang buat barang untuk pengeluar kereta. Contoh manufacturer OEM – Megurna, Magneti Marelli, BEHR, ATE, Bosch, FAG, Hella, Pierburg, INA, SKF, dan lain lain la. Banyak je OEM manufacturer.

In a simple like pimple word, OEM parts ni basically manufacturer yang buat parts kereta untuk manufacturer kereta yang sebenar. (MKYS) So bila dorang ni buat barang tu, manufacturer kereta ni dah jimat la kos dorang instead of dorang sendiri buat benda itu.

Contohnya, kalau tengok speed sensor ‘original’, ada tulis ‘ATE’ kt situ. Safe to say, ATE sebenarnya yang buat barang itu for the car manufacturer.

Okay now, OEM parts pulak, dia ada kualiti dia sendiri. Sebab itu ada banyak brand. Tak semua parts, semua manufacturer buat. Contohnya waterpump. Ori VW – manufactured by KEB OEM – Pierburg, Magneti Marelli, INA, SKF, dan lain lain.

Tapi tu la, macam saya tulis atas tu, tak semua kualiti sama. Walaupun KEB tu declare as Ori Volkswagen, ada juga KEB yang kualiti dia rendah. Tapi seller jual, claim as ‘original’. Pierburg pun antara top quality juga. So macam mana nak tau mana brand yang bagus+value for money?

Now what is aftermarket performance parts? Ni biasanya manufacturer dia memang buat barang yang intended to increase performance value untuk kereta korang. Contoh gambar: Powerflex PU bush Tarox 6pot 323mm Turbosmart blow off valve Wossner Forged Piston.

Contoh barang barang lain: Vogtland adjustable coilover Milltek 2.75 Catless downpipe EBC brakes + pad Basically barang barang ni, semua perfomance + driven and give improvement for the car driveability.

Additional gambar lagi, RTMG turbo chargepipe, RTMG hybrid turbo, and Miltek complete exhaust.

Sama juga macam OEM manufacturer, aftermarket manufacturer pun berlambak! Nak tau mana satu yang elok ke, yang power ke, itu pun satu soalan yang subjektif. Nak tau kalau pakai spring Eibach dengan spring Vogtland mana lagi sedap? Saya pun tak tau.

Now, jadi apa beza barang spare part beli online (e-commerce) pulak? Nah. Spare part beli online ni sebenarnya jadi ‘kontroversi’ dengan workshop. Banyak workshop panas hati kalau cakap ‘Oh beli kat online’. Dorang ‘panas hati’ ada beberapa sebab.

Pertama adalah warranty. Beli di online, bila pasang, tak function, salahkan workshop. Disebabkan issue sebegini, tak banyak workshop yang willing to do kalau korang cakap ‘barang beli online’.

Kedua ialah tidak boleh markup lebih. Biasanya workshop beli spare dari kedai spare part. Dorang dapat harga murah.

Dari harga murah yang dorang dapat tu, dorang markup la bila dorang jual. Pastu dia tambah lagi upah pasang. Contoh. Tukar speed sensor 1 keping harga beli dekat workshop bersamaan RM180 dan upah pula RM50 jumlahnya RM230.

Kalau beli online? RM50, RM30 pun ada, so kalau nak kedai pasang, maybe dia charge RM80.

So nampakkan beza harga kalau beli dekat online dengan beli dekat workshop. Tapi tu la. Ada parts kat beli online, ada warranty. Cuma letih sikit la kalau dah pasang, nak kena bukak balik. Ada je kat e-commerce online barang ‘original’. Barang OEM pun banyak. Macam-macam brand ada.

Belum habis lagi thread ni. Makesure kalau nak beli part dekat online, you kena tahu this few things.

Pertama, compatible dengan kereta. Usually seller akan mintak VIN number/model/tahun kereta. Kedua adalah warranty. Check bagaimana warranty dia bagi. Akhir sekali, ori atau OEM iaitu mengenai brand apa.

Selain dari beli online, tempat lain boleh beli sparepart kereta yang murah misalnya kedai sparepart/alat ganti kenderaan, bukan bengkel. Boleh Google kedai yang dekat dengan lokasi korang. Hal ini kerana kedai sparepart kereta jepun/conti/local tak semua sama.

Gambar: Twitter

Ada soalan related to Volkswagen? Nak cari parts? Nak remap? Soalan soalan teknikal? Product recommendation?

Boleh follow Instagram.com/rizarulworks Stay tune for more thread.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.