Siakap Keli
aplikasi myPTPTN

Wah, Download & Register App Ni Boleh Dapat RM10k?

Untuk siapa yang tak tahu tu, sebenarnya pihak PTPTN dah memperkenalkan satu inovasi baharu untuk orang ramai. Ianya adalah aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai myPTPTN. Jadi, sekarang ni semua hal-hal berkaitan PTPTN boleh diakses di hujung jari je.

Inilah dia aplikasi myPTPTN yang terbaru. Pelbagai jenis urusan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan aplikasi ni. Mungkin ramai yang masih tak tahu, tapi jangan risau. Sebab cara nak guna aplikasi ni sangat mudah.

Antara urusan penting yang boleh diselesaikan menggunakan aplikasi ni adalah:

  • Buat bayaran balik pinjaman,
  • Semakan penyata pinjaman,
  • Permohonan potongan gaji untuk bayaran balik pinjaman/Simpan SSPN,
  • Permohonan debit terus untuk bayaran balik pinjaman/ Simpan SSPN,
  • Semakan penyata Simpan SSPN,
  • Pembukaaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN,
  • Cetakan surat penyelesaian hutang,
  • Pindahan simpanan,
  • Pindahan lebihan bayaran balik,
  • Kemaskini profil pengguna.

Selain yang di atas tu, ada banyak lagi kemudahan yang boleh dilakukan di aplikasi myPTPTN ni tau. Tak kisah la individu dari golongan mana pun atau peringkat umur yang berbeza. Aplikasi ni dapat memberi banyak manfaat.

Contoh keistimewaan aplikasi myPTPTN ni adalah:

  • Jimat masa dan kos. Hal ini kerana, anda semua dah tak perlu nak beratur di kaunter lagi. Sampai lenguh-lenguh la kaki kan kalau terpaksa tunggu. Sekarang ni, segalanya dihujung jari sahaja.
  • Hanya di satu platform. Kalau nak buat urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit simpanan selalunya kena guna platform yang berbeza. Tapi, sekarang tak perlu risau lagi. Sebabnya, urusan bayaran balik pinjaman, penambahan deposit, simpan SSPN dan banyak lagi boleh buat melalui satu platform sahaja.
  • Mesra pengguna. Seperti penjelasan di atas, semua golongan umur memang akan rasa mudah bila nak guna aplikasi ni tau. Hal ini kerana, paparan dia mesra pengguna. Semua boleh nampak dan faham.
  • Cepat, mudah dan selamat. Aplikasi canggih ni direka lengkap dengan teknologi eKYC (Electronic Know Your Customer). Dengan ini, semua maklumat peribadi pengguna akan dilindungi oleh PTPTN.
  • Transaksi tanpa sempadan. Bila dah semua urusan boleh mengunakan satu aplikasi ni je. Sudah semestinya lah aplikasi ni akan menyokong pelbagai jenis transaksi. Semua boleh buat tau pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa sempadan.

Haa, dah tahu dah kan semua jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan guna aplikasi myPTPTN ni. Apa lagi, muat turun je sekarang supaya boleh cepat-cepat daftar masuk. Untuk masa ni, ada kempen ‘myPTPTN, Klik-Klik Je!‘ sedang berlangsung dari 29 Mac 2022 sampai 15 Jun 2022 tau. Yang bestnya, anda beperluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM250,000 untuk 25 pemenang.

Sebelum anda berpeluang untuk menang hadiah wang tunai ni, ada satu benda penting anda perlu lakukan iaitu untuk muat turun aplikasi myPTPTN dan seterusnya lakukan transaksi. Muat turun je aplikasi ni di ‘App Store‘ bagi pengguna iOS, ‘Play Store‘ bagi pengguna Android dan ‘Huawei AppGallery‘ bagi pengguna Huawei.

Nor Fakhry