Siakap Keli

Dahului Kiraan Undi, Anak Mendiang Ferdinand & Imelda Marcos Bakal Ditabal Presiden Baharu Filipina

Anak kepada mendiang Ferdinand Marcos yang juga merupakan mantan Presiden Filipina dilapor mendahului kiraan undi dan bakal ditabal sebagai Presiden baharu negara berkenaan.

Mengikut laporan Dailymail, hasil kiraan 90 peratus undi, Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Junior, 65, mendapat kira-kira 30 juta undian setakat pagi Selasa. Jumlah berkenaan 2 kali ganda mengatasi jumlah undian yang diraih pesaing terdekatnya, Leni Robredo.

Ibunya, Imelda Marcos, 92, dilapor turut keluar mengundi dan dipercayai mengundi anaknya sendiri untuk diangkat menjadi Presiden, sekaligus bakal meneruskan legasi ayahnya yang pernah memerintah negara berkenaan selama 21 tahun.

Gambar; AFP

Pemerintahan Ferdinand berakhir selepas digulingkan oleh rakyat Filipina pada 1986.

Marcos Junior dihadapan ribuan penyokong yang berhimpun mengucapkan jutaan terima kasih di atas undian yang diterima. Beliau bagaimanapun menegaskan kemenangan tersebut belum muktamad selagi kiraan undi belum selesai sepenuhnya.

Pemerhati politik melihat keputusan undian ini sebagai satu hari bersejarah bagi warga Filipina. Dalam pada masa yang sama, sebahagian pula menganggap ia sebagai kekecewaan terbesar yang pernah dilihat setelah mengambil kira sejarah keluarga Ferdinand.

Menurut laporan Dailymail, Ferdinand dituduh sebagai seorang pemimpin yang diktator ketika pemerintahannya manakala Imelda pula didakwa mengamalkan gaya hidup mewah yang melampau antaranya dikatakan memiliki koleksi lebih 3,000 pasang kasut mewah.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.