Siakap Keli
lokasi

Diselubungi Pelbagai Misteri, Ini 10 Lokasi Di Dunia Yang Dilarang Untuk Dilawati

Setiap negara di dunia ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan dilatari dengan pelbagai keindahan yang menjadi paksi kepada sektor pelancongan. Tidak terhitung jumlah lokasi yang menarik di dunia ini tetapi ia pastinya akan sentiasa dikunjungi oleh orang ramai.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa ada beberapa lokasi di dunia ini yang dilarang sama sekali untuk dilawati atas pelbagai faktor. Ia bukan sahaja belum diterokai tetapi turut juga dikatakan diselubungi dengan misteri.

Berikut merupakan 10 lokasi yang dikatakan tidak boleh dikunjungi oleh manusia.

1. Gua Lascaux, Perancis

Gambar via Bradshaw Foundation

Untuk pengetahuan anda, Gua Lascaux bagaikan menjadi lubuk ‘harta karun’ untuk ahli arkeologi di seluruh dunia.

Kompleks gua itu dikatakan mengandungi lukisan prasejarah yang berusia 17,300 tahun. Siri lukisan Paleolitik itu jelas menunjukkan haiwan seperti lembu, rusa jantan, bison dan banyak lagi.

Malangnya, gua itu telah ditutup kepada orang ramai sejak tahun 1963 kerana faktor kehadiran manusia di situ mungkin boleh menjejaskan karya seni purba tersebut.

2. Pulau Sentinel Utara, India

Gambar Via Bushcraft Buddy

Terletak di kepulauan Andaman, Pulau Sentinel Utara adalah salah satu pulau terlarang di dunia.

Menurut laporan, penduduk yang mendiami pulau itu didakwa sering bertindak ganas bagi melindungai kawasan mereka.

Suku Sentinel telah tinggal di pulau itu selama lebih 50,000 tahun di bawah perlindungan kerajaan India.

Setakat ini, tiada satu pun bahasa Sentinel diketahui oleh orang luar.

Wilayah itu dilarang sama sekali untuk dimasuki oleh pelawat dalam apa jua bentuk dan merupakan salah satu tempat yang paling berbahaya serta terlarang di dunia.

3. Pulau Surtsey, Iceland

Gambar Via World Heritage Site

Surtsey ialah sebuah pulau kecil yang terletak di kepulauan di luar pantai selatan Iceland.

Ia dikatakan terbentuk akibat letusan gunung berapi yang berlarutan selama empat tahun.

Ia juga mempunyai reputasi sebagai pulau terbaharu di planet ini dan ia hanya terbuka kepada beberapa orang saintis dan ahli geologi sahaja.

Pelancong dilarang sama sekali untuk memasuki pulau tersebut kerana ‘campur tangan’ manusia di situ mungkin boleh menganggu penggantian ekologi yang berlaku di pulau berkenaan.

4. Ise Grand Shrine, Jepun

Gambar Via Japan Reference

Selain kemodenan yang pesat, Jepun juga terkenal dengan kewujudan 80,000 kuil termasuk Kuil Besar Ise.

Ia dikatakan kuil yang paling mahal di Jepun kerana kemegahan seni binanya. Untuk mengekalkan tradisi Shinto sejak abad ke-8, kuil ini dibina semula setiap 20 tahun.

Pembinaan tersebut dipercayai menelan kos sebanyak jutaan dolar.

Melainkan anda adalah ahli keluarga diraja, anda dilarang untuk memasuki kuil tersebut.

5. Pulau North Brother, Amerika Syarikat

Gambar: Wikipedia

Terletak di New York City, Pulau North Brother ialah salah satu tempat terbiar yang paling popular di Amerika Syarikat.

Pulau itu pada asalnya dibangunkan sebagai hospital kuarantin dan merupakan tempat tinggal kepada Typhoid Mary.

Bagi yang belum tahu, Mary dikenal pasti sebagai orang Amerika pertama yang menghidap demam kepialu.

Tidak lama kemudian, tempat ini dijadikan sebagai pusat pemulihan penagih dadah.

Kini, ia dijadikan tempat perlindungan burung dan ditutup selama-lamanya untuk orang awam.

6. Pangkalan Dulce, Amerika Syarikat

Gambar: Discovery

Dulce ialah sebuah bandar pelik yang terletak berhampiran sempadan Colorado di New Mexico.

Dengan populasi 2,600 Orang Asli Amerika, bandar ini menyediakan makmal bawah tanah yang menjadi tempat eksperimen.

Ia didakwa menjadi lokasi tersembunyi yang menempatkan teknologi termaju dan kacukan manusia-haiwan.

Pangkalan ini mempunyai keselamatan yang sangat ketat dan dianggap sebagai salah satu tempat yang paling terlarang di Amerika Syarikat dan dunia.

7. Pulau Heard, Australia

lokasi

Menjadi salah satu tempat yang belum diterokai di bumi, Pulau Heard terletak di antara Antartika dan Madagascar. Tetapi, dari segi politik, pulau ini adalah sebahagian daripada Australia.

Terdapat dua gunung berapi aktif di Pulau Heard dan ia benar-benar tandus. Keseluruhan pulau ini terdiri daripada serpihan dan batu kapur yang berlaku akibat letusan gunung berapi.

Untuk memelihara persekitaran semula jadi di situ yang semakin ‘rapuh’, kerajaan Australia telah mengehadkan kemasukan orang awam ke pulau terlarang itu.

8. Doomsday Vault, Norway

lokasi
Gambar: New Scientist

Doomsday Vault ialah bank benih yang terletak di tengah-tengah kepulauan Arctic Svalbard.

Tempat tersebut dianggap sebagai ‘peti besi’ selamat yang memelihara pelbagai benih tumbuhan.

Ia adalah percubaan untuk melindungi benih sekiranya berlaku kiamat atau krisis global.

Benih akan dihantar ke situ dari seluruh dunia untuk penyimpanan jangka panjang.

Bilik kebal itu hanya akan dibuka kepada tetamu istimewa pada hari tertentu sahaja.

BACA: (Video) Lebih 900,000 Biji Benih Tersimpan, Kenali Doomsday Vault, Bunker Simpanan Makanan Manusia Kononnya Untuk Berdepan Malapetaka Dunia

9. Pulau Ular, Brazil

lokasi
Gambar: BBC

Pulau ini sememangnya sangat terkenal kerana ia dipenuhi dengan ribuan ular berbisa yang boleh membawa maut.

Disebabkan itu, tiada manusia yang berani menjejakkan kaki ke pulau tersebut. Malah, ia dianggap sebagai tempat paling dilarang untuk dilawati di dunia.

Dianggarkan terdapat kira-kira 4,000 ular jenis golden lanceheads yang berbisa hidup di pulau itu.

10. Area 51, Amerika Syarikat

lokasi
Gambar: BBC

Area 51 yang terletak di Nevada Selatan ini pernah tular di media sosial beberapa tahun lalu dan diselubungi dengan pelbagai teori konspirasi.

Ia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat dan mempunyai reputasi sebagai tempat ujian untuk senjata dan pesawat.

Bagaimanapun, terdapat spekulasi yang lebih meluas mengenai kawasan tersebut.

Kawasan itu didakwa menjadi pangkalan kepada makhluk asing dan ia cuba disembunyikan oleh kerajaan.

Ia tidak dibuka kepada rakyat biasa dan kerajaan Amerika Syarikat juga hampir tidak mengakui kewujudan Area 51.

Sumber: Holidify

Sofea

There's always another side to every story