Siakap Keli
jualan air balang syahmi sazli
Gambar via Syahmi Sazli Production

Dianggap Jualan Air Balang Laku RM60k Sebab ‘Dah Ada Nama’ & Popular, Syahmi Buka Mulut Jelas Hal Sebenar

Jualan air balang Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sepanjang Ramadan baru-baru ini mencecah lebih RM60,000. Murahnya rezeki, apa amalannya ya?

Dalam bulan Ramadan tempoh hari, ramai daripada kalangan peniaga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan sama ada di bazar Ramadan dan juga kawasan-kawasan lain.

Tidak terkecuali juga, seorang Youtuber yang terkenal dengan drama pendek spontan, Syahmi Sazli yang turut menjalankan perniagaan air balang sepanjang bulan Ramadan tempoh hari.

Menurut perkongsian menerusi akaun Facebook miliknya semalam, difahamkan perniagaaan air balangnya berjaya mengaut keuntungan bersih mencecah kira-kira RM60,000 lebih.

Perkongsian panjang tersebut tular di media sosial dan meraih lebih 80,000 tanda suka (Likes) daripada pengguna Facebook khususnya, selain turut dihujani ribuan komentar daripada mereka.

Namun, disebabkan dia dikenail ramai dalam dunia media sosial dan hiburan, mungkin ada yang mengatakan bahawa jualan tersebut ‘laku keras’ adalah kerana ‘nama’ dan populariti yang dimilikinya.

Bagaimanapun dengan nada penuh rendah hati, Syahmi menafikan tanggapan tersebut dengan mendedahkan satu persatu ‘rahsia’ yang diamalkan sepanjang berniaga hingga mendapat pulangan sebegitu.

Oleh itu, perkongsian panjang yang dinukilkan itu adalah bagi menjawab satu demi satu persoalan umum yang dilontar kepadanya mengenai perniagaan tersebut. Ikuti penjelasan Syahmi di bawah ini.

Air Balang Mi

Alhamdulillah, selama 3 minggu dalam bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.

Mi tak nak cerita macam mana resipi air yg Mi jual tu. Yang tu boleh tengok live Mi tengah bancuh air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.

“Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli.”

Mi rasa tak juga, sebelum ni Mi pernah dua kali jual baju, rugi. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dengan isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.

“Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi.”

Kalau macam tu, Shopee pun Mi kena tutup jugak sebab alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sebab “Kesian dekat Youtuber baru, takde orang nak tengok”.

Kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yang nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi.

Gambar: Syahmi Sazli

“Apa amalan Mi murah rezeki macam ni?”

Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yang orang sangkakan. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.

Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara macam mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan Istighfar. Antara kelebihan Istighfar:

“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)

“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)

Cara diampunkan dosa dengan berzikir:

Zikir 1: Zikir selepas solat.

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

Zikir 2:

“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud, mana-mana boleh.

“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).

Banyak lagi amalan lain tapi tu je yg Mi tahu. Semoga bermanfaat.

Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ya sekarang. Jumaat je cuti. Mula pukul 1 tengahari sampai habis barang.

Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru

Sumber: Syahmi Sazli Production

Faiz Mustafa