Siakap Keli
Gambar: Mothership

Tak Mahu Duit Anak-Anak, Moyang Berusia 95 Tahun Masih Mampu Bekerja

Siapa sangka, seorang moyang berusia 95 tahun masih mampu memerah keringat mencari rezeki di sebuah kedai kopi di Singapura, lapor Mothership.

Ketika di hujung usia, mungkin ramai warga emas sudah tidak mampu berjalan atau melakukan pekerjaan yang berat. Tapi ia sungguh berbeza dengan Zheng Xuehua yang ditemui oleh Shin Min Daily News.

Zheng, 95 tahun, bekerja di sebuah kedai kopi di Block 780, Woodlands Crescent. Ketika ditemui pemberita, Zheng sedang sibuk membersihkan meja di kedai berkenaan.

Difahamkan, dia telah lama bersara dan mempunyai beberapa anak yang sudah dewasa dan sudah mampu untuk menyara hidupnya.

Namun, pilihan Zheng untuk terus bekerja bukanlah perkara yang baru sahaja diputuskan. Sebaliknya dia telah berada dalam kerjaya itu sudah hampir 14 tahun lamanya.

Menurut Zheng, dia pertama kali datang ke Singapura pada usia 20 tahun bersama suaminya dari Fujian, China iaitu sejak 75 tahun yang lalu.

Sepanjang perkahwinan bersama suaminya, Zheng mempunyai tujuh orang anak, namun selepas pada itu dia dan suaminya membawa haluan masing-masing.

Ketika menginjak usia 30 tahun, Zheng terpaksa membawa diri seorang diri dengan menjual pakaian wanita di kawasan kampung yang berbeza-beza.

Pada awalnya, dia mendakwa mengalami kesukaran dan keperitan. Sepanjang kehidupannya, dia banyak mengisi masanya dengan bekerja.

Selepas bersara dan tidak lagi menjalankan pekerjaan, dia berasa tiada apa-apa yang boleh dilakukan. Perkara itu membuatkannya berasa tidak biasa dengan keadaannya itu.

Jadi, Zheng mengambil inisiatif dengan mencari pekerjaan dan berjaya bekerja di sebuah kedai kopi melalui iklan di akhbar.

Jadi, dia mendapat pekerjaan membersihkan pinggan di kedai kopi melalui iklan akhbar.

“Ia adalah hasil sedikit wang saku untuk persaraannya,” kata Zheng.

moyang berusia 95 tahun
Gambar: Mothership

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa dia seolah-olah tidak mempunyai sokongan keluarga. Namun sebenarnya, Zheng tidak mahu wang daripada anak-anaknya.

“Anak-anak ingin memberikan saya wang, tetapi saya tidak mahu menerimanya. Mereka juga mempunyai keluarga sendiri untuk ditanggung dan itu bukanlah perkara yang mudah. Jadi saya mahu menyara diri sendiri, melakukan perkara yang saya boleh dan berdikari,” kata Zheng lagi.

Wanita tua itu tinggal bersama dengan anak bongsunya di Woodlands disebabkan dia mencari pekerjaan di kawasan itu. Selepas anaknya berpindah dari kawasan itu, Zheng terpaksa tinggal bersama seorang anak lelakinya di Toa Payoh dan masih bekerja di kedai kopi itu.

Namun, disebabkan jarak yang jauh, dia terpaksa bangun awal pagi iaitu 4.30 pagi untuk menaiki kereta api dan bas MRT ke tempat kerja yang mengambil masa selama satu jam perjalanan.

Ahli keluarga Zheng cuba memujuknya untuk berhenti bekerja kerana gusar dengan keadaan kesihatan dan keselamatannya. Zheng yang dikatakan mempunyai 20 cicit masih berkeras untuk kekal bekerja.

Dia berkata,”Menjadi tanggungjawabnya untuk membesarkan anak-anaknya sebagai seorang ibu, saya tidak meminta apa-apa balasan kepada mereka”, jelasnya.

Sumber: Mothership

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?