Siakap Keli
ebit lew
Gambar: Ebit Lew

Ebit Lew Suap, Sapa Maknyah Sambil Cerita Tentang Iman

Sebut sahaja nama Ebit Lew, pasti seluruh negara kenal dan tahu pendakwah yang satu ini kerana kegigihan beliau berdakwah dan sumbangan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Beliau juga dikenali dengan sifat yang tidak mengenal erti penat atau lelah dalam memperjuangan dakwahnya membawa nama Islam, serta kerap kali menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak mengira bangsa dan agama.

Ramai rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan dibantu oleh beliau dengan pelbagai cara. Ada yang diberikan tempat tinggal yang baru, kenderaan, bantuan berbentuk wang ringgit dan banyak lagi bantuan lain yang diberikan.

Baru-baru ini tular pula kisah beliau yang berada di Indonesia bertemu dengan anak ‘punk’ jalanan di sana. Menerusi laman Facebook miliknya, beliau kongsikan kisah tersebut.

Gambar via Facebook Ebit Liew

“Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini. Hensem dan cantik semuanya,” tulisnya dalam perkongsian ketika itu.

Menerusi kunjungan tersebut, menurutnya ada di antara mereka yang mengalirkan air mata kerana terharu dilayan baik tanpa sebarang prejudis.

“Kami dah lama tak rasa begini, terima kasih ustaz melayan kami dan berkongsi begini dengan kami. Rindu yang teramat pada ibu ayah,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen ketika itu.

BACA JUGA: Ebit Lew Menangis Jumpa Anak Punk Jalanan Di Jakarta, “Di Sebalik Tatu Mereka Ada Air Mata..”

Terbaru, Ebit Lew sekali lagi berkongsi kisah kunjungannya ke lorong ‘transgender’ di Surabaya, Indonesia. Kisah tersebut beliau kongsikan juga di laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Ikuti perkongsian beliau yang kami sertakan di bawah.

Kisah Ebit Lew Ziarah Transgender Di Surabaya

12 malam tadi saya ziarah transgender yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ustaz Ebit Lew ya? Yang suap anak Punk makan ya? Macam mimpi jumpa di sini.

Gambar: Ebit Lew

Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh.

Macam-macam kisah di sebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibu bapa serta menjauhi yang haram.

Gambar via Facebook Ebit Liew
Gambar via Facebook Ebit Liew

Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni kita cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka.

Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah. Ada yang kata ‘bagaimana ya nak mula cari rezeki yang halal?”

Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan.

Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang. Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini.

Katanya ustaz datang lagi ya. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa dengan ustaz.

Gambar: Ebit Lew

Gambar-gambar selanjutnya boleh dirujuk pada perkongsian Ebit Lew di Facebook miliknya dalam pautan di bahagian sumber di bawah.

Sumber: Ebit Lew (Facebook)

Faiz Mustafa