Siakap Keli
Gambar: Google

Asyik Duduk Rumah Je, Ni ‘Port Gempak’ Nak Bawa Anak Hujung Minggu Ini, Siap Ada ‘Show’ Robotik

Aktiviti hujung minggu bersama anak-anak pastinya akan terisi dengan pelbagai program yang menarik oleh ibu bapa. Tak dinafikan, anak-anak mesti sudah bosan dengan aktiviti di dalam rumah sahaja.

Sesekali teringin juga nak keluar jalan-jalan di luar. Tetapi masalah sekarang, ibu bapa yang tidak tahu untuk bawa anak-anak pergi ke mana bukan? Mana taknya, selalu tugas si ibu lah yang memikirkan ke mana destinasi yang bakal dituju.

Kat mana ‘port gempak’ yang paling menarik kalau bawa anak?

Kali ini SK nak bantu ibu bapa semua untuk bawa anak-anak ke satu event yang ada pelbagai aktiviti yang pasti sangat sesuai dengan anak-anak anda. Apa tidaknya, siap ada show robotik, bukan anak-anak ja yang suka, tapi ibu bapa pun pasti akan melayan jugak. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda untuk turut serta menyambut Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Apa lagi yang best kat situ?

Bawa anak pergi sambutan Hari Guru di UMK

Pelbagai Aktiviti Menarik Termasuk Robotik

Sekiranya anda bawa anak-anak ke sambutan ini, sudah pasti perhatian mereka akan terarah kepada robotik. Ketika berlangsungnya sambutan ini, terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan robotik. Antaranya ialah Kuiz AR, Robotics Dan Inovasi Soild Detector pada 14 Mei 2022. Manakala bagi tarikh 15 dan 16 Mei pula, akan ada aktiviti Robotic Math, Inovasi Stem.

Bukan itu sahaja, memandangkan sekarang ramai anak muda yang sentiasa melayari aplikasi TikTok, jadi pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini juga akan mendedahkan serba sedikit mengenai dunia TikTok. Pada 15 dan 16 Mei nanti, akan berlangsungnya aktiviti ‘Tips As Top TikTokers’. Sebenarnya, di dalam aplikasi TikTok pada masa kini sudah terdapat lambakan ilmu yang boleh bermanfaat untuk anak-anak. Walau bagaiamanpun, kandungan di TikTok juga perlu mendapat pemerhatian oleh ibu bapa.

Tak kurang juga ada persembahan dikir barat dan tarian tradisional daripada pelajar-pelajar sekolah. Best kan?

Ibu bapa jangan risau untuk bawa anak-anak ke UMK Bachok ini, bukan sahaja boleh tambahkan ilmu baru malah boleh asah bakat anak-anak dalam pelbagai acara yang disediakan. Sebenarnya bukan hanya aktiviti yang kami ceritakan di atas sahaja, tetapi ada banyak aktiviti yang anda dan anak-anak boleh sertai dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini.

Difahamkan lebih 100 gerai jualan makanan dan barangan ada di sana. Bukan itu sahaja, pelbagai pertandingan dianjurkan serta ada cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti menarik diadakan di UMK.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita memeriahkan lagi Festival Guru Malaysia di UMK Kampus Bachok sekarang. Datang seawal pagi okay.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Editor: Edayu
@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli