Siakap Keli
wanita maut
Gambar via Sinar Harian

Wanita Parah & Maut, Serpihan Patung Batu Di Kuil Jatuh Dari Atas

Seorang wanita berusia 53 tahun dilapor maut selepas cedera parah gara-gara terkena serpihan patung batu yang terjatuh dalam satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Ipoh.

Memetik Sinar Harian, nahas tersebut berlaku kira-kira 9:50 pagi semasa mangsa sedang mengikuti upacara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut yang terletak di Buntong.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, difahamkan serpihan patung batu yang jatuh tersebut mengakibatkan seorang mangsa parah selain dua lagi cedera ringan.

“Siasatan awal mendapati, serpihan patung batu itu terjatuh dari bahagian atas bangunan kuil dan mengenai kepala mangsa.

“Kejadian sama turut mengakibatkan kecederaan ringan kepada dua wanita lain yang berada di tempat kejadian,” katanya, memetik Sinar Harian.

Jelas Mior, meskipun sempat dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), bagaimanapun mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia setelah menjalani rawatan kecemasan.

Katanya lagi, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam masa sama, satu laporan juga telah dibuka untuk siasatan lanjut.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu boleh tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” tambahnya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Hasbullah Hasan melalui talian 013-5555585.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 20 saat di media sosial yang memaparkan keadaan serpihan patung batu tersebut jatuh ke bawah.

Sumber: Sinar Harian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'