Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Sofea
ellie suriaty
Gambar: Redaksi/ Mstar

Pasangan pelakon, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar dilaporkan telah sah bercerai sebentar tadi, lapor Getaran.my.

Memetik laporan Getaran.my, Ellie dipercayai telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sejak sebelum Ramadan yang lalu.

Prosiding perceraian mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.

Menurut laporan, perceraian terjadi kerana mereka sudah tidak lagi serasi selepas 19 tahun berkongsi hidup.

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri.

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.

“Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” kata Ellie.

Sumber: Getaran.my