Siakap Keli
sampel tanah
Gambar Via NASA

Saintis Berjaya Tanam Pokok Guna Tanah Bulan

Saintis dilaporkan telah berjaya menanam tumbuhan menggunakan sampel tanah di bulan yang dikumpul semasa misi Apollo ke planet itu.

Memetik laporan CNN, ini adalah kali pertama pokok yang ditanam menggunakan tanah dari planet lain tumbuh dan membesar di bumi.

Kajian yang dijalankan mereka itu menjadi pemangkin untuk menanam tumbuhan yang membekalkan makanan dan oksigen ke bulan.

Bagaimanapun, eksperimen juga mendedahkan bahawa pokok-pokok tersebut juga ‘tertekan’ kerana tumbuh dalam tanah bulan, yang semestinya sangat berbeza daripada habitat semula jadi di bumi.

Difahamkan, pelbagai jenis tumbuhan termasuk tanaman makanan telah diterbangkan dengan pesawat secara ulang-alik dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Mereka telah menanam benih tumbuhan Arabidopsis thaliana yang berkaitan dengan sayur-sayuran sawi.

Sampel tumbuhan bahkan telah digunakan untuk membuktikan bahawa sampel bulan tidak berbahaya kepada kehidupan di bumi.

“Tumbuhan membantu membuktikan bahawa sampel tanah yang dibawa balik dari bulan tidak mengandungi patogen atau komponen lain yang tidak diketahui.

“Ia berkemungkinan akan membahayakan kehidupan darat tetapi tumbuhan tersebut hanya ditaburi dengan regolit (tanah) bulan dan tidak benar-benar berada di dalamnya,” kata profesor penyelidik sains hortikultur di University of Florida Institute of Food and Agricultural Sciences, Anna-Lisa Paul.

Gambar Via NASA

Bagaimanapun, semasa benih bercambah dan membesar, ia tidak betul-betul berkembang, lapor Cnet.

“Tanah bulan tidak mempunyai banyak nutrien yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tumbuhan tersebut,” kata Stephen Elardo dari Universiti Florida.

Sementara itu, pengarang bersama kajian tersebut, Profesor Rob Ferl berkata beliau ingin mengambil langkah lebih jauh dan melihat sama ada benih akan tumbuh di tanah bulan.

“Untuk misi angkasa lepas yang lebih panjang, kami mungkin menggunakan bulan sebagai hab atau landasan pelancaran,” katanya.

Untuk pengetahuan, percubaan tersebut telah lama dibuat iaitu lebih 15 tahun yang lalu namun permohonan untuk melakukannya telah ‘diperkenankan’ 18 bulan lalu.

BACA: NASA Dilapor Temui ‘Pintu’ Misteri Di Planet Marikh

Sumber: CNN, Cnet

Sofea

There's always another side to every story