Siakap Keli
5 jenis simpanan
Kredit Gambar: Keluarga/ Astro Awani

Berbaloi Untuk Masa Depan, Ini 5 Jenis Simpanan Sesuai Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak

5 jenis simpanan berbaloi untuk simpan duit raya anak-anak, ibu bapa kena tahu!

Bahang Aidilfitri masih lagi terasa, pastinya ramai juga yang masih sibuk berkunjung ke rumah terbuka dan bertemu sanak-saudara.

Dalam kemeriahan tersebut, kanak-kanak merupakan orang yang paling beruntung kerana dapat mengumpul duit raya. Jika banyak rumah yang dilawati, jumlah duit raya mungkin boleh mencecah hingga ratusan ringgit.

Sudah tentulah ia merupakan jumlah yang sangat besar buat mereka. Ada di antara kanak-kanak yang berhasrat menggunakan duit raya tersebut untuk membeli barang atau mainan kegemaran.

Namun apa yang pasti duit raya tersebut kebiasaannya akan disimpan oleh ibu bapa mereka untuk digunakan di masa hadapan.

Jika ada ibu bapa yang buntu untuk menyimpan duit raya anak-anak, mungkin anda boleh mengikuti tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nur Hafiqah Shamsuri.

Menurut Hafiqah, terdapat lima jenis simpanan yang berbaloi untuk masa depan anak-anak nanti.

Tak usah tunggu lagi, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

TIPS SIMPANAN DUIT RAYA ANAK

Ini antara 5 jenis simpanan yang berbaloi dari korang simpan dalam bank biasa gitu je, baik guna jenis simpanan begini.

Parents yang tak tahu nak buat saving apa untuk anak boleh refer sini sangat-sangat membantu!

1) SIMPANAN EMAS / AKAUN GAP

Boleh simpan dan buka akaun GAP atau Gold Accumulation Program. Konsepnya kita beli emas melalui akaun emas yang disandarkan 100% dengan emas fizikal.

Beli dan terus tukar ke dalam gram emas di dalam akaun. Setiap kali beli gram emas akan bertambah. Boleh simpan serendah RM100, topup sikit-sikit lama-lama nanti boleh keluarkan secara fizikal seketul terus bila dah cukup.

Dengan akaun GAP, tidak ada komitmen. Terpulang bila nak simpan dan nak tambah.

Tak semua orang mampu beli 10 gram setiap bulan atau 1 dinar setiap bulan, jadi dengan akaun GAP dapat kumpul emas serendah RM100. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

2) ASB

Akaun ASB pun kita boleh bukak untuk anak-anak serendah deposit rm10 saja.

Dengan purata kadar dividen 5-7% setahun ianya masih relevan untuk menyimpan kat sini

Limit untuk ASB pun telah dinaikkan jadi rm200K setiap sorang

3) Akaun Tabung Haji

  • Deposit serendah RM10 sebagai permulaan
  • Boleh daftar haji untuk the junior awal-awal serendah RM1300
  • Kadar purata dividen 1-2% setahun
  • Register siap-siap haji untuk anak, boleh depa pi masa muda-muda kan
  • Simpan bila-bila pun boleh. Boleh juga potong direct debit dan potong gaji

4 ) Akaun SSPN i plus

  • Bestnya akaun ni sebab dapat nikmati kadar dividen purata 4% setahun
  • Dapat juga pelepasan cukai
  • Ia merupakan tabung pendidikan untuk anak-anak
  • Ada macam-macam pakej yang ditawarkan di mana ianya termasuk sekali pakej takaful. Korang boleh baca details penuh kat page sspn i. (Bergantung pada budget korang)

5) Simpan melalui SSP Bsn

  • Saya prefer simpan di sini berbanding simpan tabung warna di mana ianya lebih selamat dan tak mudah hilang duit tu
  • Boleh join contest SSP Bsn tawarkan macam-macam
  • Tukarkan dari CASH pada Sijil serendah Rm10
  • Duit dibekukan selama 45 hari, lepas tu boleh dah nak bawak keluar semula

Sumber: Nur Hafiqah Shamsuri

Sofea

There's always another side to every story