Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas insiden ‘false start’ dalam saringan kedua acara 100 meter di Sukan SEA semalam menyebabkan peluang untuk meraih gelaran raja pecut Asia Tenggara lebur.
Permohonan maafnya itu dikongsikan di laman Twitter miliknya menerusi ciapan ringkas.
Terdahulu, penyertaan atlet berusia 18 tahun itu dilaporkan telah dibatalkan kerana dipercayai melakukan false start dalam saingan yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh.
Memetik laporan Bernama, Azeem tidak dibenarkan untuk meneruskan cabaran apabila didapati waktu reaksinya 0.058 saat lebih awal sebelum pistol pelepasan dibunyikan.
Ketika itu, kakinya dikatakan tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.
Susulan itu, protes bertulis ke atas pembatalan tersebut telah dilakukan oleh ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil.
Difahamkan, beliau telah meminta pengadil dan pegawai teknikal (TD) memberikan penjelasan dan laporan peralatan teknikal.
“Setelah dijelaskan oleh referee dan TD, bukti menunjukkan Azeem bertindak lebih awal dengan kakinya tidak menjejak blok permulaan ketika tembakan pistol.
“Tiada apa-apa kontroversi, Azeem juga telah melihat bukti tersebut.
“Apa yang penting sekarang ialah Azeem tidak putus asa, beliau masih muda, tadi saya minta para jurulatih untuk tenangkannya,” katanya.
Sementara itu, dalam ciapan yang lain, Azeem juga berkata dia berjanji akan kembali lebih kuat selepas ini.
Kedua-dua kirimannya itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buatnya.






Dalam pada itu, seorang lagi atlet pecut negara, Muhammad Arsyad Md Saat menamatkan saingan pada kedudukan keenam dengan catatan 10.69s, lapor Bernama.
Arsyad juga dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika saringan pertama acara itu.
Pingat emas dalam acara itu telah dimenangi oleh pelari dari Thailanda, Puripol Boonsoon.
Dengan itu Malaysia tidak dapat mempertahankan pingat emas dalam acara berkenaan selepas dua kali berturut-turut meraihnya pada edisi 2017 (Kuala Lumpur) dan 2019 (Manila).
BACA: Sukan Sea: Terlepas Gelaran Raja Pecut, Penyertaan Muhammad Azeem Terbatal
Sumber: Azeem Fahmi, Bernama