Siakap Keli
lelaki menikam isteri

Dakwa Isteri Curang, Lelaki Tikam Isteri Berkali-kali Dalam Kereta Api Kerana Cemburu Buta

Seorang lelaki berjaya ditahan selepas dilaporkan menikam isteri di dalam sebuah kereta api pada Khamis selepas mengesyaki wanita itu curang dengan lelaki lain.

Memetik laporan daripada Bangkok Post, wanita berkenaan mengalami tiga kesan tikaman yang dalam pada bahagian belakang dan lehernya.

Menurut Timbalan Ketua Siasatan, Leftenan Nisachon Sawasdeechai, serangan itu berlaku sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) di dalam kereta api Bangkok-Surin N0233 ketika menghampiri stesen kereta api Lat Bua Khao.

Siasatan awal mendapati suami isteri ini telah memutuskan untuk pergi dan tinggal bersama neneknya di daerah Chakkarat di Nakhon Ratchasima. Pasangan tersebut menaiki kereta api dari stesen Sab Muang di daerah Pak Chong.

Dalam perjalanan tersebut, dipercayai pasangan ini bertengkar kerana suspek mengesyaki mangsa melakukan hubungan dengan lelaki lain. Pertengkaran itu menjadi lebih serius sehinggakan suspek mengeluarkan sebilah pisau dari begnya dan menikam belakang serta leher mangsa.

Pada kejadian tersebut, para penumpang lain turut terkejut dan tergamam melihat lumuran darah daripada bahagian tempat duduk mangsa dalam kereta api tersebut.

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan oleh kakitangan kereta api tersebut. Polis kemudiannya membawa suspek ke balai polis Sikhiu untuk disoal siasat dan tindakan undang-undang.

Sementara itu, menurut saksi, wanita itu mengalami cedera parah dan telah dibawa ke hospital Maharat Nakhon Ritchasima untuk melakukan pembedahan segera mengeluarkan pisau tersebut.

Polis berkata bahawa suspek akan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh. Suspek telah dihadapkan ke sebuah mahkamah wilayah manakala mangsa masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital setakat semalam.

Sumber: Bangkok Post, thethaiger

Baca juga: Hajat Nak Bergaya Dengan Jet TUDM Tercapai, Adik Irfan Meninggal Dunia Tengah Malam Tadi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "