Siakap Keli

Hajat Nak Bergaya Dengan Jet TUDM Tercapai, Adik Irfan Meninggal Dunia Tengah Malam Tadi

Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.

Berita duka ini dikongsikan oleh laman Friends of Childhood Cancer Northern sebentar tadi.

“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi. Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.”

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada. Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga. Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan. Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan,” tulisnya.

Sebelum ini, SK pernah memuatnaik satu artikel berkaitan kisah Arwah Adik Irfan yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) berpeluang ‘bergaya’ dengan pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.

Dalam pertemuan itu, adik Irfan juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.

Tidak disangka, foto yang dikongsikan oleh pihak tentera di mana Adik Irfan segak menyarung persalinan lengkap ‘flying suit’ merupakan foto terakhirnya untuk dijadikan kenangan oleh kaum keluarga.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada. Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.

BACA: Berjuang Lawan Kanser, TUDM Butterworth Tunaikan Hajat Adik Irfan Nak ‘Bergaya’ Dengan Jet Tempur

Sumber: Friends of Childhood Cancer Northern

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang