Masalah darah beku secara tiba-tiba boleh mengancam nyawa dan ramai sebenarnya yang tidak sangka bahawa kehilangan banyak darah boleh membawa maut.
Seperti yang diketahui, darah membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Namun, sekiranya berlaku pembekuan darah ia juga boleh memberikan impak yang negatif kepada nyawa.
Hal ini kerana apabila berlaku darah beku, ia berkemungkinan akan menyekat saluran serta turut memberi gangguan kepada sistem aliran darah dalam badan.
Justeru, apakah punca berlakunya darah beku secara tiba-tiba? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Hello Doktor di bawah.
Masalah Darah Beku Secara Tiba-tiba Boleh Membawa Maut! Ini 7 Puncanya

Penyakit darah beku merupakan sesuatu yang berlaku secara semula jadi untuk menghentikan pendarahan, lebih-lebih lagi ketika anda terluka ataupun terlibat dalam kemalangan.
Walau bagaimanapun, ia boleh juga berlaku tanpa diundang.
Jika keadaan ini berlaku tanpa sebab, darah beku tersebut boleh menyebabkan saluran darah anda tersumbat dan diserang sakit jantung, strok atau masalah kesihatan lain.
Darah beku boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa ataupun jantina.
Selain itu, darah juga boleh membeku pada kawasan yang tidak terluka seperti di dalam salur darah yang menghala ke tangan atau kaki anda, perut, jantung, paru-paru, otak dan juga buah pinggang.
Ada banyak perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah ini. Untuk pengetahuan anda, faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami darah beku.
Sama jugalah dengan beberapa jenis penyakit dan kondisi lain seperti obesiti dan strok yang turut sama boleh menyebabkan seseorang itu mengalami darah beku.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Gangguan Darah, anda boleh klik di sini.
Faktor genetik yang boleh menyebabkan penyakit darah beku

Faktor genetik merupakan salah satu punca penyakit darah beku yang mungkin ramai tidak tahu.
Kecacatan dari segi genetik boleh berlaku terhadap protein yang bertanggungjawab untuk membekukan darah dalam tubuh manusia.
Sebagai akibatnya, pesakit mungkin akan mengalami darah beku secara berlebihan. Disebabkan masalah ini berpunca daripada kecacatan genetik, penyakit darah beku yang pesakit alami boleh berlaku secara turun-temurun.
Anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami darah beku atas faktor genetik jika:
- Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami darah beku yang berbahaya.
- Pernah mengalami darah beku berkali-kali sebelum umur mencecah 40 tahun.
- Mengalami sejarah keguguran yang tidak dapat dijelaskan.
Penyakit darah beku: Kondisi lain yang menyebabkan saluran darah tersumbat
Banyak penyakit dan kondisi berbeza yang boleh menyebabkan darah beku ataupun hypercoagulation terbentuk pada kawasan badan yang berbeza.
Antara penyakit yang boleh menyebabkan darah beku pada kawasan jantung dan otak adalah: