Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Berjaya Diselamatkan Nelayan

Sofea
jambatan pulau pinang
Gambar Via Kosmo/Utusan TV

George Town – Seorang wanita dilaporkan nekad terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang sebelum diselamatkan oleh nelayan dalam kejadian yang berlaku hari ini.

Memetik laporan Kosmo, mangsa juga telah meninggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 berwarna hitam bersama topi keledar merah jambu di tepi tembok jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 2.40 petang sebelum terjun.

Tidak lama kemudian pihak bomba tiba di tempat kejadian setelah menerima panggilan ancaman bunuh diri pada pukul 2.47 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata wanita berusia 27 tahun terbabit telah bertindak terjun dari jambatan berkenaan sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya diselamatkan oleh nelayan pantai yang berada berhampiran lokasi kejadian dan kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis marin untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian pengguna jambatan berkenaan yang ketika itu dalam perjalanan menghala ke arah Seberang Perai.

Terdahulu, kejadian hampir sama turut berlaku yang melibatkan seorang wanita berusia 43 tahun.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh seorang anggota bomba setelah cuba terjun dari kilometer 3.4 dari arah Perai ke bahagian pulau.

Sumber: Kosmo