Siakap Keli
ganti rugi
Gambar Via Hong Kong Free Press

Anak Dituduh Pecahkan Patung Teletubbies, Ibu Bapa Terpaksa Berputih Mata Bayar Ganti Rugi RM22,000

Hong Kong – Baru-baru ini tular satu kejadian yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak lelaki telah pecahkan patung teletubbies berharga di dalam sebuah kedai mainan di Hong Kong sehingga menyebabkan ibu bapanya terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 33,600 yuan (RM22,110).

Memetik laporan Hong Kong Free Press, kanak-kanak tersebut dipercayai telah menendang patung Teletubbies yang ‘bersalut’ emas setinggi 1.8 meter sehingga jatuh berkecai.

Bagaimanapun, selepas video kejadian itu tular, ibu bapa kepada kanak-kanak itu mengesyaki bahawa anak mereka telah dipersalahkan oleh pekerja kedai itu yang terletak di pusat beli belah Langham Place.

Mengimbas kembali mengenai kejadian itu, bapa kanak-kanak tersebut berkata dia telah keluar dari kedai tersebut sebentar untuk menjawab panggilan sebelum terdengar satu bunyi yang kuat.

Apabila dia berpaling, dia melihat anak lelakinya sedang memandang ke arah patung tersebut yang telah hancur berkecai di atas lantai.

“Anak saya langsung tidak bergerak, dia hanya memandang ke arah patung itu,” katanya.

Menurutnya lagi, pekerja di situ memaklumkan kepadanya bahawa anak sulungnya itu telah menendang patung tersebut dan menuntut agar dia dan isterinya membayar ganti rugi.

Percaya bahawa itu sememangnya kesalahan anaknya, dia bersetuju untuk membayar ganti rugi tersebut.

Difahamkan, patung itu sebenarnya dijual pada harga 52,800 yuan (RM34,765).

Namun, apabila dia melihat semula video yang tular pada Ahad lalu, dia menyedari bahawa anaknya mungkin telah dituduh secara melulu.

Insiden itu telah mencetuskan perdebatan meluas di media sosial dengan orang ramai menuduh kedai mainan tersebut menipu ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Baca: Ini Ciri ‘Wajib’ Kereta Untuk ‘Travel’ Jauh, Isteri Baru Terlelap, Elok Bangun Tahu-tahu Dah Sampai

Sumber: Hong Kong Free Press

Sofea

There's always another side to every story