Siakap Keli

Buat Adik Menangis, Gelagat Si Kakak ‘Auto’ Tarik Sejadah & Solat, “Cover Line” Takut Kena Marah Bikin Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan, kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri sebagai penyeri rumah tangga.

Ya, bila anak-anak di rumah, ibu bapa dapat melihat segala gelagat dan tingkah laku mereka. Tambah-tambah lagi kalau jarak umur anak yang rapat, pasti macam-macam gelagat mereka dapat disaksikan.

Sama seperti satu rakaman video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok tentang gelagat anak perempuannya cuba mengelak daripada dimarahi si ayah.

Menerusi rakaman video berdurasi 18 saat ini kelihatan si ayah sedang merakam aksi si kakak yang cuba ‘cover line’ selepas menjadi punca tangan adiknya tersepit.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila si kakak ini ‘auto’ mendirikan solat di atas sejadah dan nampak begitu khusyuk hingga tidak ‘menyedari’ apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Mungkin kerana takut dimarahi, si kakak yang comel ini bertindak demikian untuk melembutkan hati si ayah, dan ternyata dia berjaya. Tetapi apa yang melucukan, si kakak lupa ‘mengenakan’ telekung ketika mendirikan solat dan mungkin itu yang menjadi punca usahanya untuk melepaskan diri dari si ayah gagal.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan telatah anak kecil ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang berteka teki dengan doa yang adik ini hajatkan. Tak kurang juga yang turut berkongsi gelagat anak mereka di rumah.

“Dalam solat, dia cakap Ya Allah selamatkan aku…”

“Bagus kakak ini, solat minta dijauhkan segala musibah”

“Dia pun tahu solat je boleh bagi ketenangan”

“Kalau anak saya, dia paling over menangis kalau adik dia yang kena…”

@matjaynie

dia dah buat adik tngan terkepit dia takut kna libas buat akal solat

♬ bunyi asal – matjaynie – matjaynie

Sumber: Matjaynie

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang