Siakap Keli
tiktok caj bulanan

TikTok Akan Benarkan “Content Creator” Kenakan Caj Bulanan Kepada Pengikut ”Live Stream“

TikTok akan membenarkan beberapa akaun popular yang melakukan siaran langsung (live) pada laman Tiktok mengenakan caj bulanan kepada penonton.

Platform ini telah membuat penambahbaikkan kepada lamannya seperti saingan yang lain iaitu Instagram dan Facebook kerana ia dianggap sebagai salah satu tarikan kepada pelanggan.

Menurut TikTok, ciri baharu yang diperkenalkan minggu ini hanya tersedia kepada beberapa pemilik akaun terkenal yang terpilih. Ciri berkenaan turut akan dikembangkan secara global dalam beberapa bulan akan datang.

Bagaimanapun, syarikat platfom media sosial ini tidak mendedahkan harga caj yang boleh dikenakan.

Penghasil kandungan berupaya menukarkan kepada mod bersembang lebih eksklusif dengan pelanggan sebagai satu cara untuk “mengukuhkan hubungan peribadi antara pencipta kandungan dan penonton,” jelas syarikat itu.

Untuk melanggan ciri baharu ini, pencipta kandungan dan penonton yang lain perlulah berusia 18 tahun ke atas, kata Tiktok dalam satu kenyataan.

Jika pelanggan menggunakan ciri baharu ini, mereka akan disediakan dengan lencana digital yang berupaya untuk menarik perhatian pencipta kandungan semasa melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Tiktok pada awal bulan lalu telah mengumumkan program perkongsian pengiklanan pada platfom media sosialnya.

Rangkaian sosial media utama lain memfokuskan pada video, seperti Youtube, Instagram dan Snapchat telah pun melaksanakan sistem perkongsian pengiklanan ini.

BACA: Erik Ten Hagg Beri Amaran Buat Pep & Klopp, Dominasi City & Liverpool Bakal Berakhir

Sumber: AFP

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang