Siakap Keli
jenazah anak yatim piatu tidak dimandikan
Gambar: TribunnewsBogor

Jenazah Anak Yatim Piatu Tidak Dimandikan Gara-gara Tak Cukup RM60

Jenazah seorang anak yatim piatu tidak dimandikan gara-gara tidak cukup RM60 untuk membayar kos pengurusan jenazah dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor TribunnewsBogor.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Kalaserena, Kecamatan Bontonompo di Gowa, Sulawesi Selatan selepas jenazah wanita bernama Irma enggan dimandikan oleh pihak pengurusan mayat.

Difahamkan, punca pihak pengurusan enggan menguruskan jenazah adalah disebabkan pihak keluarganya tidak mempunyai wang sebanyak RM60 lagiĀ  daripada jumlah asal RM270.

Menurut ahli keluarga jenazah (dipercayai saudara terdekat), Daeng Sija, arwah tinggal di rumah ibu saudaranya di Bontonompo, Gowa selama dua hari sebelum jatuh sakit.

Namun arwah terpaksa dikejarkan ke Hospital Haji Makassar kerana mengalami komplikasi kesihatan dan akhirnya disahkan meninggal dunia pada 19 Mei lalu.

“Arwah tidak mempunyai ibu bapa dan hanya hidup bersendirian sebagai seorang anak yatim piatu. Semasa hidupnya, dia hanya tinggal di Makassar.

“Sehinggalah jenazah dibawa ke sini, Bontonompo untuk dikebumikan,” ujar Daeng Sija, memetik Tribunnews.

jenazah anak yatim
Gambar: TribunnewsBogor

Difahamkan, pada asalnya, keluarga terdekatnya berusaha mencari dana bagi membayar kos keseluruhan pengurusan, namun mereka hanya berjaya memperolehi sebanyak RM210 sahaja.

Justeru, sumbangan yang terkumpul itu kemudian diserahkan kepada pihak pengurusan jenazah namun tetap ditolak.

Disebabkan itu, mereka terpaksa mencari orang yang boleh memandikan jenazah Irmah.

Menurut TribunnewsBogor, Daeng mengakui berasa kecewa dengan pihak pengurusan serta orang kampung yang terlibat menguruskan jenazah wanita itu.

Dia mendakwa keputusan yang melibatkan kos keseluruhan pengurusan jenazah tersebut perlu dinilai semula dan melibatkan pemimpin masyarakat.

Sementara itu, menurut ketua kampung, Bakri, dia tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu.

Jenazah akhirnya dimandikan pada jam tiga petang oleh seseorang dan selamat dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Sela.

Sumber: TribunnewsBogor.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?