Siakap Keli
Sumber: HKFP

Foto Papar Timbunan Beg Mayat Sebelah Katil Pesakit Tular, Pihak Hospital Akhirnya ‘Buka Mulut’

Baru-baru ini tular foto timbunan beg mayat yang diletakkan di sebelah katil pesakit di wad kemalangan dan kecemasan Hospital Queen Elizabeth di Hong Kong.

Ketua pengurus pihak berkuasa hospital, Sara Ho,  keberadaan beg-beg mayat di sebelah katil pesakit di wad itu hanyalah buat sementara waktu ekoran bilik mayat di hospital tersebut telah penuh.

“Situasi itu telah pun ditangani dan orang ramai diminta untuk memahami kesulitan yang dialami berikutan bilik mayat yang dilapor telah penuh (ketika itu).

“Pihak berkuasa hospital memahami bahawa kadangkala mayat tidak boleh dipindahkan ke bilik mayat tepat pada masanya.

“Kami berharap semua orang dapat memahami (tentang bagaimana) hospital awam telah melakukan yang terbaik untuk menggunakan lebih banyak tenaga manusia untuk menangani situasi ini.

“Kami amat kesal kerana menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit,” katanya , memetik Hong Kong Free Press (HKFP).

Sara turut menjelaskan, pihak hospital juga sentiasa memastikan setiap kematian pesakit dapat diuruskan dengan cara terhormat.

Difahamkan, situasi tersebut didakwa telah dirakam pada awal Mac baru-baru ini.

Dalam pada itu, memetik HKFP, Hong Kong kini sedang bertarung dengan wabak COVID-19 yang tersebar luas sehingga menyukarkan kakitangan hospital menangani peningkatan pesakit yang mendadak.

Untuk rekod semasa, Hong Kong mencatatkan pertambahan 29,318 kes COVID-19 baharu pada Jumaat, 10,493 kes daripadanya dikesan daripada hasil ujian pantas.

Dalam masa sama, 3,150 kes kematian direkodkan setakat Khamis.

Sumber: HKFP

Aireena Marizan