Siakap Keli
kedudukan matahari punca suhu panas
Gambar: Dictio Community via Google

Kedudukan Matahari Boleh Jadi Punca Suhu Semakin Panas – Ahli Geografi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kedudukan matahari juga sebenarnya mempengaruhi punca suhu panas yang terus berlaku di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Mungkin ramai yang menganggap perubahan suhu yang kian meningkat saban tahun adalah disebabkan oleh faktor perubahan iklim semata-mata.

Namun, terdapat juga pelbagai faktor lain yang boleh diambil kira tentang mengapa semakin hari, semakin terasa bahang kepanasan yang ‘membuak-buak’ panasnya.

Sehinggakan ada kalanya walaupun pada waktu malam, bahang panas masih tetap kita rasai. Hal ini mungkin tidak diketahui ramai secara terperinci. Pernahkah anda terfikir bilakah bahang ini akan cepat berakhir?

Dalam masa sama, jika kita melihat matahari, perasan tak bahawa kedudukannya pada setiap bulan pasti berubah-ubah? Adakah kedudukan matahari juga ada kaitannya dengan punca suhu menjadi panas?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita ikut perkongsian yang penuh manfaat dibawakan oleh laman Facebook ahli geografi terkenal, MatGeo seperti di bawah.

Kedudukan Matahari Boleh Jadi Punca Suhu Semakin Panas

Bagi yang kerunsingan dengan cuaca panas berbahang ini, dan bertanyakan bila bahang ini berakhir, dipercayai bulan 6 kelak keadaan tidak berbahang. Kerana matahari sejauh bulan 11 dengan kita.

Pernah ke bulan 11 berbahang? Tapi ia kembali bulan 7 dan 8 mengambil bulan 4 dan 5 bahang terjadi.

Boleh jadi bulan 8 dan 9 yang berbahang mengambil kira kesan perlegaran matahari mengekori dari belakang dalam sela beberapa minggu.

Logik ini tergambar pada foto semalam dengan penanda yang dibubuh mengandaikan foto diambil dari 0°. Bersabarlah.

Yang kurang sabar ialah rasa bahang dengan FB ni. Dengki kat kita. Reach slow.

Gambar: Facebook MatGeo

Dalam gambar yang dikongsikan, kita boleh melihat dengan jelas kedudukan matahari yang berubah-ubah pada setiap bulan. Jelas di sini bahawa ia juga dipercayai boleh menjadi punca mengapa suhu menjadi semakin panas.

Sumber: Facebook MatGeo

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?