Siakap Keli
kambing penjara
Sumber: LADBible

Tanduk Wanita Sampai Mati, Kambing Dijatuhi Hukuman Penjara Tiga Tahun

Kebiasaannya kambing yang kita kenal merupakan antara haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan yang jinak, dipelihara sebagai sumber makanan dan tidak boleh mencederakan manusia, jauh sekali untuk dilihat tahanan yang meringkuk di dalam penjara.

Namun, terdapat satu berita yang sangat mengejutkan dan pada masa yang sama sangat aneh dari Sudan Selatan apabila seekor kambing disabitkan dengan kesalahan jenayah dan perlu menjalani hukuman penjara.

Kambing berkenaan sebenarnya disabitkan kesalahan membunuh apabila menanduk seorang wanita berusia 45 tahun berkali-kali sehingga mangsa dilaporkan meninggal dunia. Menurut laporan, mangsa dan pemilik haiwan berkenaan hidup berjiran selain merupakan saudara rapat.

Malah, Mahkamah di Bandar Rumek, lokasi dimana kejadian itu berlaku juga mengarahkan kepada pemilik kambing tersebut untuk menyerahkan lima ekor lembu kepada keluarga mangsa sebagai ganti rugi.

Difahamkan bahawa kambing tersebut ‘dipenjarakan’ disebalik jeriji besi di kem tentera berdekatan sebagai lokasi menjalani hukuman oleh pemimpin tradisional Sudan Selatan.

Kambing berkenaan juga akan diserahkan kepada keluarga mangsa sebaik sahaja tamat menjalani hukuman.

BACA: Tak Perlu Tunai & Kad, Mastercard Dilapor Bangunkan Kaedah Pembayaran Pakai ‘Senyuman’

Sumber: Dailystar

Nurul Nazihah