Siakap Keli
Sumber: Google

Gajah Bunting Dipercayai Spesis Hampir Pupus Ditemui Mati Dengan Mulut Berbuih

Seekor gajah bunting dipercayai daripada spesis hampir pupus dilapor ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih, di Indonesia.

Bangkai mamalia yang sarat itu telah dijumpai di bersebelahan ladang kelapa sawit, Wilayah Riau di Sumatera. Kawasasn tersebut merupakan sebuah pulau besar yang menempatkan beberapa haiwan yang jarang ditemui di dunia.

Ibu gajah bunting dipercayai 22 bulan itu ditemui oleh seorang pekerja ladang dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa. Lanjutan daripada itu, pihak berkuasa telah mengumpul sampel gajah itu sebelum menanamnya.

“Kami menganggarkan gajah betina itu berumur sekitar 25 tahun dan semasa ujian nekropsi dibuat, kami mendapati gajah ini sedang hamil dan hampir melahirkan anak,” kata Hartono, Ketua Bahagian Tempatan Agensi Pemuliharaan Sumber Asli.

Penyiasat ketika ini masih menguji sampel bagi menentukan punca kematian gajah tersebut. Mereka mengesyaki salah satu punca kematian adalah keracunan kerana bangkai gajah ini ditemui dengan keadaan mulut berbuih.

Saban tahun ini, negara kepulauan itu sering berdepan dengan kes jenayah terhadap jenayah hidupan liar, termasuk kes terkini ini.

Misalnya pada 2019, seekor gajah Sumatera ditemui dipenggal kepala bersama-sama gadingnya.

Malah, tahun lalu seekor anak gajah Sumatera mati selepas kehilangan separuh belalainya akibat terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh pemburu haram.

Menurut Dana Hidupan Liar Sedunia, gajah Sumatera berada di ambang kepupusan dengan kira-kira 2,400-2,800 jumlahnya di serata dunia.

Hal ini timbul tatkala, populasi gajah juga diancam oleh pemburuan haram yang berleluasa kerana gading mereka yang sangat berharga dalam perdagangan hidupan liar secara haram.

“Lebih dua pertiga daripada hutan tanah pamah semulajadi telah dibakar sejak 25 tahun lalu dan hampir 70 peratus daripada habitat gajah Sumatera telah musnah dalam satu generasi,” kata WWF.

Pada 2013, WWF Indonesia berkata keracunan atau tembakan telah meragut banyak nyawa daripada 129 gajah Sumatera yang terancam kritikal dalam tempoh kurang sedekad.

BACA: Asteroid Dua Kali Ganda Besar Burj Khalifa Dijangka ‘Hampiri’ Bumi Hari Ini

Sumber: CBS News 

Nurul Nazihah