Siakap Keli
anak susu badan

Ibu Dah “Burnout” Terduduk Lesu, Tak Larat Nak Layan Anak Asyik Menangis Hanya Nak Susu Badan

Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah ‘bonding’ yang terbaik antara ibu dan anak. Ketika menyusu badan, ibu akan merasai satu perasaaan yang lain dan ia mengeratkan lagi hubungan istimewa dengan anak tercinta.

Namun, semua itu bukanlah semudah yang disangka. Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang faham. Tidak dinafikan, rasa sengal dan sakit satu badan akan ‘muncul’ apabila anak pantang lihat kita berbaring.

Ya, ketahanan mental perlu tinggi untuk betul-betul komited jika hanya memberika anak susu badan. Pelbagai cabaran yang perlu dilalui terutamanya ketika anak merengek menangis inginkan susu badan sahaja. Mungkin ketika itu, mereka yang bergelar ibu ini terasa hendak ‘melarikan diri’ sebentar untuk berehat dan tenangkan fikiran.

Apatah lagi, kadang-kala ibu yang masih mempunyai anak kecil ini terpaksa melakukan kerja lain seperti menguruskan rumah tangga yang sudah tentu menuntut ketahanan fizikal dan mental yang sangat kuat.

Seperti video yang dikongsikan di laman Tiktok @nhinhu01_07 ini menunjukkan seorang wanita kelihatan seperti ‘burnout’ apabila membiarkan anaknya menangis kerana asyik menangis inginkan susu badan.

Difahamkan, anak kecil berusia 9 bulan ini tidak mahu meminum susu formula dan tidak mahu makan makanan pepejal. Hanya mahukan susu badan sahaja.

Dilema yang dilalui wanita ini cukup difahami oleh sesetengah golongan suri rumah di luar sana. Cara dia tersandar ke dinding cukup untuk memberitahu bahawa dia sedang ‘penat’ dan jiwanya kosong diselangi dengan tangisan anak yang semakin kuat amat menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Jelasnya, video yang dikongsinya itu untuk memperlihatkan bahawa bukan dia seorang yang merasainya, malah ada ramai lagi ibu-ibu yang melalui situasi yang sama seperti yang dilaluinya. Jika ada yang tidak pernah melalui keadaan ini, janganlah berkata ‘pedas’.

@nhinhu01_07

9 tháng rồi chẳng chịu ăn dặm,chẳng chịu uống sữa ngoài.Chỉ đòi bú mẹ mà mẹ thì như con nhái bén rồi. Rèn con bú bình ai trải qua rồi mới hiểu,3 phần bực 7 phần bất lực 😞😞😞

♬ nhạc nền – Ngôn Tình Thành – Trăng Sáng Nghìn Dặm

Bagi mengelakkan pertikaian orang ramai, dia memuatnaik satu lagi rakaman video yang menunjukkan dia tidak mengabaikan anak sendiri. Tidak lama kemudian,  dia memujuk dan memeluk erat anak kesayangannya.

@nhinhu01_07

Trả lời @id15071998 Đâu phải để con khóc là không thương con đâu,chỉ là bất lực tạm thời và cần phải trấn tĩnh lại thôi mà 😞😞😞

♬ nhạc nền – Nhi Như Nguyễn – Nhi Như Nguyễn

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak putus memberi semangat kepada ibu muda ini untuk terus kuat  dalam membesarkan anaknya yang comel itu. Tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah melalui fasa yang sama di mana kepenatan dan itu amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Sumber: Nhinhu01_07

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang