Siakap Keli
anak the rock
Gambar: Daily Mail

Anak Gadis The Rock Ikut Jejak Langkah Ayah, Bakal Sertai WWE

Anak perempuan The Rock ikuti jejak langkah ayahnya, bakal sertai World Wrestling Entertainment (WWE) tidak lama lagi, lapor Daily Mail.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya, Simone Alexandra Johnson, 20, anak kepada ahli gusti profesional terkenal Dwayne Johnson, (The Rock) mengumumkan bakal membuat penampilan sulungnya di WWE.

Difahamkan, Simone telah membuat pendaftaran dalam siaran itu sejak dua tahun lalu namun ditunda akibat kecederaan yang dialami. Kini, dia akhirnya bersiap sedia untuk membuat penampilan sulungnya di acara berprestij itu.

Anak perempuan The Rock itu memberitahu berita berkenaan melalui platform media sosialnya di Instagram dan Twitter dan dia akan muncul dengan membawa nama “Ava Raine”.

“‘Kepada gadis kecil yang jatuh cinta dengan gusti & berkata “Ini akan menjadi hidup saya suatu hari nanti”, ini untuk anda. Saya rasa rendah diri, bersyukur & bersedia untuk bekerja. Mari lakukan ini. @wwe @wwenxt,” tulis Simone di Instagramnya.

the rock
Gambar: Daily Mail

Difahamkan, Simone merupakan anak sulung Dwayne bersama bekas isterinya, Dany Gracia yang merupakan penerbit dan pengasas The Gracia Companies.

The Rock turut mempunyai dua lagi cahaya mata perempuan bernama Jasmine berusia enam tahun dan Tiana berusia empat tahun bersama isterinya, Lauren Hashian

Kemunculan Simone dalam bidang itu bakal membuatkan dia menjadi generasi keempat yang mengikuti jejak langkah sebelah keluarga bapanya itu.

the rock
Gambar: Daily Mail

Salahsilah Keluarga Simone

Sebelum ini, moyangnya Peter Maivia merupakan generasi pertama yang menceburi bidang gusti profesional sejak tahun 1962 hingga 1982 yang mendapat gelaran “High Chief”. Kemudian datuknya, Rocky Johnson atau digelar ‘Soulman’ yang aktif dari tahun 1964-1991.

Bakat itu terus diwarisi oleh ayah Simone, ‘The Rock’ yang berkecimpung dari tahun 1996 hingga 2003. Kini, tradisi keluarga itu bakal diteruskan oleh anak perempuannya dalam arena terkenal di Amerika iaitu WWE.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?