Siakap Keli
Gambar: BFM, Guinness World Records

Pesawat Kertas Yang Direka Pemuda Malaysia Ini Berjaya Pecah Rekod Dunia

Rekod Dunia Guinness dalam lontaran pesawat kertas berjaya dipecahkan oleh trio dari Korea Selatan selepas mencatatkan lontaran sejauh 77.134 meter.

Lontaran yang dicatatkan itu bersamaan dengan hampir sepanjang padang bola sepak. Trio tersebut ialah Kim Kyu Tae, dengan bantuan daripada Shin Moo Joon dan Chee Yie Jian (Julian) .

Ketiga-tiga mereka digelar sebagai ‘Pasukan Shin Kim Chee’. Shin dan Kim Kyu Tae dan Shin Moo Joon merupakan warga Korea Selatan manakala Chee Yie Jian pula berasal dari Malaysia.

Mereka bertiga telah bergabung tenaga di Korea Selatan sebelum berjaya memecahkan rekod dunia tersebut.

Shin Moo Joon adalah individu yang bertanggungjawab membentuk kumpulan tersebut, Jian (Julian) pula bertanggungjawab untuk mereka bentuk pesawat kertas itu manakala Tae pula berperanan melakukan lontaran itu pada 16 April lalu.

Kredit: USA Today

“Saya sangat gembira apabila dapat tahu bahawa kami telah berjaya memecahkan rekod itu. Kerjasama yang baik diantara kami telah membuahkan hasil,” kata Shin Moo Joon kepada wartawan Rekod Dunia Guinness ketika berasa di bandar Daegu, Gyeongsangbuk-do.

Secara keseluruhannya, hakim telah mengambil kira lapan balingan daripada pasukan.

Meskipun dengan mengira lontaran terpendek yang dilontarkan, ia tetap memecahkan rekod sebelumnya iaitu sejauh 69.14 meter yang dipegang oleh John M.Collis dan Joe Ayoob pada 26 Februari 2012 lalu.

Mereka menggunakan Conqueror CX22 100GSM, salah satu kertas paling keras dan berkualiti tinggi di dunia.

Sumber: USA Today

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.