Siakap Keli
johnny depp
Gambar Via The Independent

Johnny Depp Menang Saman Fitnah RM65 Juta Terhadap Amber Heard

Selebriti terkenal Hollywood, Johnny Depp dilaporkan telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas juri memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.

Memetik laporan Sky News, Depp telah mendapat sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).

Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman Heard sebanyak 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.

Walaupun ia tidak menyebut nama Depp tetapi ia dinyatakan sebagai ‘fitnah secara tersirat’ kerana artikel itu merujuk kepada dakwaan penderaan yang dibuat oleh Heard selepas mereka berpisah pada tahun 2016.

Manakala, Heard pula telah melakukan saman balas sebanyak 100 juta dolar (RM439 juta) berhubung kenyataan yang menggelar dakwaannya sebagai ‘tipu daya’ yang dibuat oleh peguam bekas suaminya.

Dia telah mendapat sebanyak 2 juta dolar (RM8.7 juta) untuk tuntutan tersebut.

Menurut laporan, tujuh orang juri telah membuat keputusan untuk memihak kepada Heard atas pertuduhan dalam saman balasnya itu.

Susulan kemenangan itu, Depp menerusi kemaskini di Instagram miliknya berkata bahawa matlamat untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah untuk mendedahkan kebenaran tanpa mengira keputusannya.

“Bercakap benar adalah sesuatu yang saya perlu lakukan untuk anak-anak dan orang di sekeliling yang terus memberikan sokongan.

“Saya berasa tenang mengetahui bahawa saya akhirnya berjaya mencapainya,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp)

Sumber: Sky News

BACA JUGA: Beli Mahal-Mahal Tapi Rosak, Ini Pantang Larang Kena Jaga Bila Tanam Orkid Kat Rumah

Sofea

There's always another side to every story