Bagi yang selalu terkena ‘serangan’ gout pada waktu tertentu, sebenarnya ada 5 tip untuk kurangkan kesakitan yang dialami.
Sememangnya penyakit gout tidak asing lagi apabila mendengarnya. Kebiasaannya ia terjadi kepada kaum lelaki yang berada dalam lingkungan 30an ke atas. Malah, ia boleh juga terjadi kepada kaum perempuan terutamanya selepas putus haid atau menopause.
Gout akan menyebabkan keradangan, kebengkakan dan kesakitan yang datang secara tiba-tiba pada sendi, terutamanya sendi-sendi yang besar, sekali gus membataskan pergerakan pesakit itu.
Jadi, menerusi perkongsian daripada Hello Doktor ini, kami ingin kongsikan satu perkongsian yang sangat bermanfaat iaitu bagaimana untuk meredakan sakit gout anda. Teruskan membaca artikel ini sehingga selesai untuk mengetahuinya.
Selalu Terkena Serangan Gout Ini 5 Tip Untuk Mengurangkan Kesakitan Anda
Serangan gout boleh terjadi pada bila-bila masa dan ia disebabkan oleh perubahan jumlah darah dengan pembedahan, perubahan cecair, perubahan ubat, atau faktor lain. Bagaimana meredakan sakit gout?
1. Kekal Hidrasi
Pastikan anda minum air secukupnya iaitu 8 gelas sepanjang hari walaupun deria rasa anda mungkin berubah. Ini kerana ia akan membantu mengalirkan asid urik daripada sistem anda.
Bagi kes-kes yang teruk, doktor boleh mengesyorkan suntikan kortikosteroid ke dalam sendi yang terjejas dan ianya berguna bagi mereka yang mempunyai sensitiviti terhadap pilihan ubat lain.
2. Ambil Ubat Yang Disarankan
Sekiranya anda pernah mengalami serangan gout sebelum ini, doktor anda mungkin telah menetapkan ubat tertentu untuk merawat serangan masa depan, seperti:
- Ubat penahan sakit yang kuat seperti kodin, hidrokodon, dan oksikodon
- Kortikosteroid, sama ada diambil secara oral (melalui mulut) atau diberikan sebagai suntikan ke dalam sendi terjejas
- Ubat oral yang dipanggil colchicine, yang khusus untuk gout dan telah terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan keradangan jika diberikan dalam 24 jam pertama serangan
3. Letakkan Ais Pada Sendi Terjejas
Jika anda boleh bertolak ansur dengan tekanan pek ais, terapi sejuk ini boleh memberikan kelegaan rasa sakit dengan mengurangkan keradangan dan isyarat sakit.
4. Rehat Secukupnya
Walaupun anda dalam ketidakselesaan, cuba untuk mendapatkan rehat secukupnya. Rehatkan sendi terjejas dan elakkan tekanan ke atasnya yang boleh menyebabkan berlakukanyakesakitan dengan mudah.
5. Kawal Pemakanan
Gout boleh dikurangkan dengan diet yang tinggi dalam protein haiwan, jadi hadkan pengambilan daging semasa serangan gout. Anda juga perlu elakkan gula dan ikan, dan pastikan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayuran segar.
Walaupun jarang diperlukan, pembedahan mungkin disyorkan untuk menghilangkan tophi, yang merupakan pertumbuhan putih kecil yang berlaku di bawah kulit di mana asid urik dikristalkan.
Sumber: Hello Doktor