Siakap Keli
ron97
Gambar via Bernama

Harga Minyak Terus Meningkat, RON97 Kini RM4.72 Seliter

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga runcit petrol bagi RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM4.70 kepada RM4.72 seliter.

Menerusi satu kenyataan media, kementerian itu juga memaklumkan bahawa harga bagi RON95 dan diesel kekal iaitu masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Penetapan harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 9 Jun 2022 hingga 15 Jun 2022.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata kementerian itu.

Tambahnya lagi, ia dilakukan meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya lagi.

BACA: Betul Ke RON97 Lagi Jimat Minyak Daripada RON95? Ini Jawapan Pakar

Sumber: MOFMalaysia

Sofea Shahira

There's always another side to every story