Siakap Keli
payung terjun
Kredit: Daily Star

Penerjun Profesional Maut Terjatuh Dari Ketinggian 800 Meter, Payung Terjun Gagal Terbuka

ROM – Seorang penerjun udara warganegara Britain maut terjatuh dari ketinggian 800 meter apabila payung terjun yang digunakannya gagal terbuka, lapor akhbar Daily Star semalam.

Mangsa, Dylan Morris Roberts, 33 yang merupakan seorang pencinta sukan ekstrem telah terbunuh dengan tragis di Gunung Dolomites, Itali.

Dylan melakukan aksi terjunan dari cerun gunung itu bersama lima orang rakannya. Namun kejadian yang tidak disangka telah menimpa dirinya.

Dylan merupakan seorang penerjun udara profesional kerana telah berjaya melakukan berpuluh-puluh terjunan malahan dia juga adalah bekas tenaga pengajar di sekolah Payung Terjun Britain.

Difahamkan, rakan-rakannya segera menelefon talian kecemasan sebaik sahaja insiden ngeri itu terjadi. Sejurus selepas itu, pasukan penyelamat gunung terus dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menaiki helikopter.

Polis tempatan berkata, payung terjun yang digunakannya gagal berfungsi dengan baik selain mengesyaki bahawa dia berkemungkinan tersilap mengira trajektorinya.

Sumber: Daily Star

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin