Meskipun era terkenal mereka dalam dunia hiburan telah tamat, kini pasangan kembar dari negara Thailand itu menjadi bualan penduduk di sana kerana memulakan bisnes kumpul kulit orang mati yang lain daripada yang lain.
Menurut akhbar Thaiger, Jakkapong “Jill” Karnsomphot bersama kembarnya, Jakkaphan “Jack” Karnsomphot telah mengumpul kulit muka kering orang mati yang dahulunya pernah menjadi orang yang berkuasa dan dihormati dalam komuniti.
Pasangan kembar yang dikenali sebagai Jack-Jill itu berhenti memainkan muzik mereka sejak lama dahulu.
Namun kembali menjadi tumpuan pada minggu ini apabila netizen berkongsi gambar dan video 20 kulit muka kering orang mati di media sosial.
Jakkapong, atau Jill, memberitahu media bahawa dia memulakan perniagaan membeli dan menjual azimat Thai yang berbeza itu bersama abangnya itu setelah memutuskan untuk menamatkan kerjaya muzik mereka.
Tambahnya, dia menerima 20 kulit muka mati itu secara kebetulan daripada lelaki misteri berusia 91 tahun bernama Pong, yang ditemuinya di Ayutthaya, di tengah Thailand, pada 2009.
Mereka bertemu kerana Pong terlibat dalam dunia seni persembahan Thailand. Jill berkata setiap kulit muka dipercayai suci dan boleh membawa tuah kepada sesiapa yang berdoa atau memilikinya.
Kulit itu milik orang yang membuat persembahan dalam dunia teater dan telah diturunkan dari generasi ke generasi. Sesetengah kulit dipercayai berusia lebih 100 tahun.
Ahli keluarga Pong tidak tahu cara berdoa untuk mereka yang sudah mati itu dan tidak mahu menjaga mereka. Jadi, Pong memberikan kulit itu kepada Jill sebelum dia meninggal dunia.
Jill menambah, setiap kulit muka datang daripada mereka yang berjaya dalam kerjaya seni dramatik Thai.
Mereka memberi persetujuan sebelum mereka meninggal dunia bahawa mereka akan mengorbankan kulit muka mereka untuk dijadikan azimat suci untuk saudara-mara dan pengikut mereka.
Jill berkata ia dipercayai dalam kalangan masyarakat drama Thai bahawa kulit akan melindungi mereka daripada musibah dan menjadikan mereka berjaya dan terkenal.
Dia berkata ramai penyanyi dan pelakon Thai telah mengunjungi rumahnya untuk berdoa kepada kulit.
Bekas bintang pop itu mengakui kehidupannya bertambah baik sejak dia memiliki kulit itu dan mempercayainya.
Dia menambah lagi, kepercayaannya itu tidak menyebabkan sesiapa pun menghadapi masalah, dan tidak ada undang-undang yang menghalang penduduk daripada memiliki kulit orang mati.
Isnin lalu, pakar seni dan budaya, seni persembahan, dan asas tarian Thai, Surat Jongdan, mendedahkan dalam temu bual dengan media bahawa dia tidak pernah mendengar sesiapa yang berdoa kepada kulit muka manusia untuk kerjaya yang berjaya.
Surat mencadangkan agar Jill merobohkan atau memusnahkan kulit.
@jackjillkumanthong หนังหน้าครู ประสิทธิ์ประสาทวิชาทุกแขนงรวมไปถึงด้านเสน่ห์ ศิลปะทุกอย่างและการละคร ที่รวบรวมไว้มีมากที่สุดในประเทศ ใครอธิษฐานขอ ขอให้สมใจในทุกๆด้านด้วยเถิด #แจ๊คจิลล์กุมารทอง #jackjillkumanthong #หนังหน้าครู
Sumber: Thaiger