Siakap Keli
lahir berkulit biru
Gambar via Daily Star

Kenali Keluarga Fugate, Lahir Berkulit Biru Kerana Faktor Kacukan Generasi Demi Generasi

Seorang lelaki dilaporkan pernah mengejutkan doktor pada tahun 1975, ketika dia dilahirkan dengan kulit berwarna biru dipercayai lahir dari keluarga baka luar biasa yang mempunyai perubahan warna.

Ben Stacy telah berjaya menjejaki semula keluarganya yang berada di Troublesome Creek, Kentucky, Amerika Syarikat yang juga memilik tona warna kulit yang sama dengannya (gen resesif).

Memetik Daily Star, kisah keluarga Fugate ini bermula pada tahun 1820 apabila anak yatim dari Perancis, Martin Fugate bertemu dan bersama dengan isterinya, Elizabeth Smart.

Difahamkan, Martin mempunyai kecacatan genetik yang digelar methemoglobinemia yang hanya menyumbang populasi sebanyak 0.0035% di seluruh dunia. Difahamkan juga, darah mereka ini tidak membawa oksigen yang mencukupi ke seluruh badan.

Oleh itu, pesakit yang mempunyai kulit putih boleh bertukar kepada warna biru dan bibir mereka bertukar ungu.

Martin dan Elizabeth dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata dan empat daripada mereka mengalami hal yang sama iaitu, methemoglobinemia gen resesif dan dilahirkan dengan kulit kebiruan. 

Oleh kerana itu adalah merupakan gen resesif, keadaan itu tidak akan menjejaskan masa depan mereka jika tidak berkahwin dalam kalangan ahli keluarga mereka sendiri.

Namun, oleh kerana keluarga mereka hidup terpencil dan tidak bergaul dengan orang lain, Fugate berkahwin dengan sepupu mereka sendiri dan hidup dalam komuniti kecil termasuklah Stacys, Combs, Richies dan Smiths.

Zazharia, merupakan salah seorang anak dari Martin dan Elizabeth berkahwin dengan ibu saudaranya sendiri dan seorang lagi anak mereka telah berkahwin dengan sepupu rapat mereka.

Kemudian, anak kepada Zacharia, Levy pula mengahwini sepupu mereka dan seterusnya menhasilkan Luna Fugate, wanita yang pernah digelar ‘wanita paling biru’ yang pernah dilihat, lapor ABC News via Daily Star.

Luna pula berkahwin dengan John Stacy dan mempunyai 13 orang anak termasuklah Ben, itulah garis keturunan Ben.

Menurut laporan dari Daily Star, sejarah keluarga ini bermula pada tahun 1958 apabila Luke Combs membawa isterinya ke hospital yang pada akhirnya menarik perhatian doktor dengan kulit Luke.

“Kulit Luke bewarna biru seakan-akan Tasik Louise yang dingin ketika musim sejuk,” kata Dr Charles H. Behlen II pada tahun 1974, lapor Daily Star.

Kisah itu juga mendapat perhatian oleh pakar darah, Dr Madison Cawein di University Kentucky yang terpesona dengan keluarga ini, lapor Daily Mirror.

Pada tahun 1960-an, dia telah pergi untuk mencuba menjejaki mereka dan berjaya bertemu dengan beberapa ahli keluarga Fugate yang masih hidup.

Dia berpendapat bahawa keluarga tersebut telah kehilangan enzim utama dan percaya jika dia menyuntik mereka dengan pewarna biru, matilena, ia akan memberikan perubahan pada tona kulit mereka.

Menariknya, dalam beberapa hari kulit biru itu pudar namun hanya kekal dalam beberapa hari sahaja sebelum ia bertukar warna.

Bagaimanapun, Dr Cawein menggalakkan keluarga untuk mengambil tablet metilena setiap hari untuk membantu keadaan mereka.

Sumber: Daily Star, Daily Mirror, ABC News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.