Siakap Keli
tips cek kereta baru
Gambar: Google

“…Bawa 4 Orang Bagi Penuh,” Lelaki Kongsi Tips Cek Kereta Baru Untuk Pembeli ‘First Time’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Untuk yang first time beli kereta, mesti dah dapat kereta tu tak tahu nak tengok apa kan? Kalau nak senang ikuti tips cek kereta baru dalam artikel ni.

Mesti akan timbul perasaan gembira apabila kereta yang diidam-idamkan berjaya untuk dibawa pulang. Kereta merupakan kenderaan penting yang perlu ada bagi setiap keluarga. Oleh itu, mesti kita mahukan kereta yang diterima berada dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan.

Namun, jangan dibiarkan perasaan teruja mendapat kereta baharu itu berlangsung terlalu lama sehingga terlupa dengan perkara penting yang wajib dibuat. Hal ini kerana, amat penting untuk seseorang itu cek setiap inci kenderaan mereka supaya tidak berlaku sebarang kerosakan apabila dibawa pulang.

Justeru, untuk memastikan kenderaan yang diterima berada dalam keadaan yang optimum, jom kita ikuti perkongsian yang dibuat oleh saudara Irwan Syah di Facebook mengenai tips semasa mengambil kereta baharu. Semoga perkongsian ini membawa pelbagai manfaat bersama.

Tips semasa mengambil kereta baru (DIY)

Baru-baru ni ada seorang member call aku. Dia nak mintak tolong cek kan kereta dia yang baru dapat. Ya, dia baru beli Proton X50 Flagship.

Disebabkan aku tak berkesempatan lagi nak drive, maka aku cuma menerangkan dengan panjang lebar dalam phone. Beliau agak nervous dengan kereta baru beliau. Tambahan pula, beliau memang sangat detail dengan segala barang yang dibeli supaya sesuai dengan harga yang dilaburkan. Yela, kalau setakat phone RM1K rosak, boleh tahan lagi. Kalau kereta yang bulan-bulan kene bayar RM1600-1700 selama 5 tahun ni rosak, memang hangin jadinya.

Sebelum ni pun, ada la beberapa orang member yang tanya benda sama kat aku. First time beli kereta, takde idea nak pastikan yang kereta tu benar-benar ok. Sebenarnya, banyak je tips yang kita boleh jumpa kat internet. Cuma aku nak kongsikan sikit la tips aku secara simple. Sesiapa pun boleh buat.

Masa nak amik kunci kereta:

1. Cek luaran kereta. Pastikan takde calar, kemek, cat tanggal, takde kesan karat, tayar semua sama brand and size. Periksa kereta di tempat terang untuk lebih senang nak kesan kecacatan. Paling senang cek cat pada body n bumper. Biasanya dalam production, body dan bumper ni di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata tu tinggi.

2. Cek bahagian dalam kereta. Cek fabrik seat, cek semua plastik part, pastikan takde calar, warna sekata, cek karpet. Simple je. Cek by visual dan cuba la touching sikit mana-mana plastik part nak cek longgar or ketat.

3. Buka hood. Cek sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, takde wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.

4. Hidupkan engine dan mintak drive sekeliling kawasan tu je. Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, Engine check, temperatur, Airbag dan sebagainya. Then, cek la semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, ciggarette lighter, side mirror switch, dsb. Cek sekali gear, tak kira AT or MT. Cek ketat sangat ke, loose ke. Tak lupa juga hand brake.

5. Masa drive, test semua pedal yang ada. Cek steering condition, brake, cuba la tukar-tukar gear. Kalau auto cuba la gear selain ‘D’. Cek juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.

Kalau dah puas hati, baru sign. Sebab lepas korang dah sign satu borang tu, automatik kereta tu bukan lagi tanggungjawab penjual. Dah jadi tanggungjawab korang. Kata la, elok je lepas ko sign, ada mat rempt langgar kereta time tu jugak, maka claim insuran kene dibuat atas nama korang, Kalau belum sign, mat rempit tu langgar, insuran claim atas nama company dan korang sebenarnya, berhak mintak kereta lain. So, sebelum sign tu, pastikan tempat tu betul-betul selamat. Hehe.

Driving Condition:

Part ni paling penting sebab kalau ada problem, ia tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh cek terus. Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre. So secara mudahnya:

1. Cek kereta korang masa tengah hari yang tengah panas membahang untuk pastikan engine korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.

2. Drive kereta masa hujan. Lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine takde problem masa hujan or sejuk.

3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi.

Ok, semua di atas ialah condition yang korang kene try sebab ada kereta masa sejuk die ok, tapi masa panas die bengong. Begitulah sebaliknya.

Dari segi driving pattern:

1. Try accelerate full throttle. Make sure takde rasa power loss or rasa lembab semacam. Pape hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan kat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.

2. Cruising. Cari la mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant kat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dan sebagainya. Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. rpm tiba-tiba naik or drop, wind noise dan sebagainya.

3. Cari tempat yang selamat, cuba try brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak efek engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.

4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tengok engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?

5. Drive la kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or cameron. Nak cek power kereta korang. Nak lagi best, bawa 4 orang bagi penuh. Masa ni la nak cek, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhat-hati sikit sebab agak bahaya.

So begitu la sedikit sebanyak tips yang aku boleh kongsikan. Just drive macam biasa. Kalau ada rasa apa-apa tak kena, terus kontek salesman yang jual kereta hari tu dan boleh buat complain, chance untuk claim lagi tinggi bila lagi cepat problem dikesan.

Tapi korang pun kene sedar diri jugak la. Kalau korang beli kereta biasa-biasa tu, jangan la expect boleh pecut macam Ferrari or Top speed macam Veyron. Kene berpijak pada realiti jugak kan?

Kalau tak nanti buat malu diri sendiri.

Yang paling penting sekali, jangan lupa baca manual. Carilah masa dan baca la at least sekali. Ini penting untuk korang tidak memalukan diri sendiri masa buat komplen. Tengok spec kereta korang, cara pengoperasian dan sebagainya.

Sumber: Facebook Irwan Syah

Nurlizah Khazani