Siakap Keli

Kenyataan Pemain Hilang Fokus: Faizal Azumu Mohon Maaf

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mohon maaf atas kenyataan sebelum ini yang menyatakan sorakan penyokong menyebabkan pemain hilang fokus.

Permohonan maaf itu dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya sebentar tadi.

“Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan dihargai.

“Bila dah kena balon, saya pun pening.

“Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” tulisnya.

Sebelum itu, Faizal berkata, sorakan penyokong di stadium ketika Malaysia menentang Bahrain dalam kelayakan Piasa Asia 2023 baru-baru ini dikatakan telah menyebabkan pemain skuad kebangsaan hilang fokus.

Jelasnya, difahamkan sorakan tersebut bergema ketika beberapa pemain sedang bersiap-sedia untuk dimasukkan ke padang.

“Selepas kita menjaringkan gol pertama, di luar padang ada kelibat beberapa pemain yang akan dimasukkan, antara Guilherme De Paula yang memanaskan badan untuk dimasukkan dalam permainan.

“Pada ketika itu seluruh stadium bersorak, sejurus selepas sorakan itu, pemain telah hilang fokus menyebabkan kita terlepas gol.

“Jadi, kalau nak kata kita kalah disebabkan pemain seratus peratus pun saya rasa tidak juga. Sebagai orang yang berada di stadium, penyokong juga ada menyumbang kepada larinya fokus pemain pada ketika itu.

“Kalau saya pun di atas padang, pasti akan tertanya-tanya mengapa orang menjerit kepada saya, hilang fokus sikit,” katanya, memetik laporan Utusan hari ini.

Sumber: Faizal Azumu (Twitter)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.