Siakap Keli
haram tayangan filem lightyear
Gambar: Collider

Malaysia Dan 8 Negara Lain ‘Haramkan’ Tayangan Filem ‘Lightyear’

Malaysia dan lapan negara lain mengharamkan filem animasi baharu Pixar yang bertajuk ‘Lightyear’ ditayangkan di pawagam.

Menurut Daily Mail, ia diharamkan kerana memaparkan babak ciuman sesama jantina.

Setakat ini, sebanyak sembilan buah negara telah mengharamkan tayangan filem tersebut.

Pada awalnya, larangan itu sebahagian besarnya terjadi di negara Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir, Kuwait, Oman dan Qatar.

Namun, larangan itu terus merebak ke negara Islam yang lain seperti Malaysia dan Indonesia.

Adegan sensitif tersebut menunjukkan pelakon utama wanita, yang disuarakan oleh pelakon Uzo Aduba, mencium pasangan wanitanya.

Awal Isnin lalu, UAE adalah negara yang pertama mendedahkan bahawa mereka telah mengharamkan filem itu. Filem tersebut menampilkan salah satu watak penting dalam Toy Story iaitu Buzz Lightyear di mana watak utama tersebut menggunakan lakonan suara pelakon terkenal iaitu Chris Evans.

Pixar's 'Lightyear' has been banned in multiple counties due to the fact the animated film shows a same-sex kiss between two characters - a scene parent company Disney initially took out, but reinstated following complaints from offended staff

Wilayah Asia Barat lain dengan penduduk majoriti beragama Islam, seperti Malaysia dan Indonesia juga mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyiarkan filem itu.

Malaysia baru-baru ini mempunyai keraguan yang sama mengenai adegan gay dalam  filem ‘Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore’ dan Elton John biopik ‘Rocket Man’.

Adegan berkenaan melibatkan watak renjer angkasa lepas lesbian iaitu Aduba dan pasangannya Alisha yang ingin memulakan pembinaan keluarga baharu bersama.

Watak tersebut telah bertegur sapa dengan berciuman di bibir di mana pada asalnya telah dipotong daripada filem itu oleh Disney awal tahun ini.

Bagaimanapun, ia telah dikembalikan semula pada Mac lalu, selepas kakitangan Pixar mengadu tentang penapisan tersebut dalam surat terbuka yang diperoleh dari Variety.

Larangan besar-besaran itu dilakukan selepas kempen media sosial dengan hashtag Arab ‘Melarang Tayangan ‘Lightyear’ di Emirates’.

Mereka menyifatkan, memaparkan adegan pasangan lesbian di skrin sebagai bertentangan dengan budaya dan agama mereka.

Hal ini kerana, filem itu tidak pernah diserahkan kepada pihak tapisan filem di negara Arab Saudi. Perkara ini terjadi disebabkan andaian yang telah dibuat oleh penerbit filem.

Mereka berandaian, sekiranya filem tersebut diserahkan untuk dibuat tapisan terlebih dahulu, sememangnya filem itu tidak akan diluluskan tayangannya kerana negara Arab secara terang-terangan tidak mengiktiraf golongan homoseksual.

Amerika Syarikat pula telah memberi amaran bahawa undang-undang Islam atau Syariah di UAE mengandungi hukuman mati bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis.

Manakala Dubai pula mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan Abu Dhabi mengenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Namun, pada waktu dahulu pihak studio pembuatan filem telah membenarkan negara yang terlibat untuk membuat tapisan dan memotong babak filem yang tidak diingini terlebih dahulu sebelum ditayangkan di negara mereka.

Lebih-lebih lagi memberikan kebenaran untuk menapis filem di negara Timur Tengah. Hal ini kerana, pihak studio ingin meningkatkan lagi pasaran mereka di sana.

Namun, perkara ini mungkin tidak akan terjadi untuk tayangan filem ‘Lightyear’ ini di negara-negara Islam terutamanya. Perkara ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh protes yang dibuat oleh staf-staf yang terlibat dengan pembuatan filem ini.

Sumber: dailymail.co.uk

Nurlizah Khazani