Siakap Keli
Sumber: Google

Sembilan Tahun Bersama, ‘Oppa-oppa’ BTS Umum Berpisah Seketika

Kumpulan K-pop yang terkenal, BTS atau turut dikenali sebagai BangTan Boys mengumumkan mereka akan ‘berpisah’ sementara bagi membenarkan setiap ahli fokus kepada kerjaya secara individu.

Difahamkan, kumpulan yang bergerak bersama selama sembilan tahun itu sudahpun membuat aku janji untuk kembali semula suatu hari nanti sambil menegaskan bahawa BTS tidak akan dibubarkan.

Ahli-ahli kumpulan tersebut terdiri daripada Jungkook, Jin, RM, V, Suga, J-Hope dan Jimin.

Pengumuman itu dibuat semasa makan malam tahunan “FESTA” yang telah berlangsung secara atas talian sebagai sebahagian daripada sambutan yang menandakan ulang tahun mereka sebagai satu kumpulan.

Dalam video YouTube berdurasi selama sejam itu, salah seorang ahli kumpulan BTS, RM, berkata bahawa selepas beberapa single terakhir BTS yang dicalonkan Grammy “dia tidak tahu jenis kumpulan kami lagi,” dan menjelaskan bahawa mereka telah ‘kepenatan’.

“Saya selalu merasakan bahawa BTS berbeza dengan kumpulan yang lain, tetapi masalah utama apabila menjadi ahli K-pop dan keseluruhan sistem idola adalah mereka tidak memberi anda masa untuk menjadi matang” tambahnya.

“Anda harus terus menghasilkan muzik dan terus melakukan sesuatu,

“Saya telah berubah sebagai manusia sejak 10 tahun lalu, jadi saya perlu berfikir untuk mempunyai masa bersendirian”.

Melalui rakaman yang sama, dapat dilihat ahli-ahli kumpulan BTS tidak dapat menahan kesedihan masing-masing dan mengalirkan air mata dengan keputusan yang diambil tersebut. Mereka juga sempat mengungkapkan ribuan terima kasih kepada peminat mereka yang dikenali sebagai “ARMY”.

Salah satu fakta menarik, kumpulan ini sebenarnya telah menjana pendapatan sebanyak berbilion-bilion Won untuk ekonomi Korea Selatan.

Malah, BTS telah menjual lebih 32.7 juta album di Carta Muzik Gaon, sekali gus menjadikan mereka kumpulan muzik terlaris dalam sejarah Korea Selatan.

Sumber: ndtv

Nurul Nazihah