Siakap Keli
Sumber: GloryGloryTott

Silap Orang Cari Pasal, Lelaki ‘KO’ Kena Penumbuk Abang “Security” Rupanya Bekas Peninju Pernah Lawan Mike Tyson

Tular apabila seorang bekas peninju Britain, Julius Francis berjaya menumpaskan seorang lelaki yang sedang bergaduh dengan satu penumbuk lalu terus ‘KO’ di luar BoxPark, Wembley. Beliau ketika itu bertugas sebagai pengawal keselamatan disitu cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki.

Insiden tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dilapor bengang dan berkelakuan agresif apabila terdengar orang memaki hamunnya.

Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada kawasan BoxPark. Bagaimanapun, ketika peninju yang pernah berdepan dengan Mike Tyson itu ingin berundur, dia diasak dengan kasar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

Tanpa berlengah, bekas peninju berkenaan melepaskan satu penumbuk padu yang membuatkan lelaki tersebut terus tersungkur tidak sedarkan diri, atau istilah dalam gelanggang tinju yang disebut sebagai ‘KO’.

Ekoran daripada penularan rakaman tersebut, polis melancarkan siasatan membaitkan pertelingkahan berlaku antara kakitangan keselamatan dan orang awam di luar Boxpark, Wembley.

Siasatan diadakan termasuklah bagi mengenal pasti identiti mereka yang terlibat.

Menurut jurucakap BoxPark, “Kejadian ini kini dalam penilitian kami dan sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan polis, justeru kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kejadian itu buat masa ini”.

“Kami ingin menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pelanggan dan kakitangan kami adalah keutamaan nombor satu kami.

“Difahamkan Julius dan pasukan keselamatan kami meluangkan masa selama 15 minit untuk menghalang lelaki itu dan rakan-rakannya daripada mendera, meludah dan memukul pelanggan dan kakitangan kami,” kata jurucakap itu lagi.

Terdahulu, Julius Francis selaku bekas peninju pernah menentang lagenda dan antara peninju terbaik dunia, Mike Tyson.

Kali terakhir peninju itu bertinju adalah pada 2006 dan selepas bersara, dia bekerja di sebuah syarikat kecergasan sebagai pengawal keselamatan.

BACA: Meremang, “Viking Clap” Ultras Malaya Dengan Pemain Kebangsaan Gamatkan Stadium

Sumber: The Sun

Nurul Nazihah