Siakap Keli
saintis china terima isyarat tamadun asing
Gambar: Live Science

Saintis China Dakwa Terima Isyarat Dipercayai Dari Tamadun ‘Asing’

Sekumpulan saintis China dakwa teleskop radio gergasi Sky Eye milik mereka terima isyarat dipercayai dari tamadun asing yang jauh di angkasa baru-baru ini.

Berita pengesanan isyarat asing tersebut dilapor dalam akhbar rasmi Kementerian Sains dan Teknologi China, iaitu Science and Technology Daily menerusi Live Science.

Menurut laporan itu, ahli astronomi Universiti Normal, Beijing mendakwa mereka menemui beberapa kes berkemungkinan wujud bukti teknologi dan tamadun di luar angkasa.

Bagaimanapun menurut Live Science, para saintis masih belum menolak kemungkinan bahawa isyarat tersebut adalah gangguan daripada radio di Bumi.

Dalam masa sama, pengesanan isyarat tersebut masih di peringkat awal dan ia perlu dianalisis sehingga selesai.

“Ia merupakan isyarat yang berbeza dengan masa lalu dan pasukan itu sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Berkemungkinan isyarat mencurigakan itu merupakan sejenis gangguan radio yang sangat tinggi dan ia perlu disahkan dan mengambil proses yang lama,” memetik Daily Science and Technology.

Difahamkan, berita mengenai isyarat itu tersebar di beberapa rangkaian media sosial kerajaan. Namun, ia dipadam kerana tidak jelas dan masih dalam pemantauan.

Bagaimanapun, pihak astronomi China menafikan gangguan itu boleh menghalang saintis untuk menjejaki makhluk asing.

Untuk makluman, Sky Eye adalah nama lain bagi Five Hundred Meter Aperture Spherical Telescope (FAST), sebuah teleskop radio gergasi terbesar di dunia yang terletak di China.

Merujuk Live Science, teleskop radio gergasi itu mula dilancarkan pada tahun 2019 untuk mengimbas isyarat ruang angkasa yang luas dan data itu disaringkan pada 2020.

Sumber: Live Science

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?