Siakap Keli

IEM Adakan Konferens Industri Marin Pertama Malaysia (MMIC) 2022

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman bin Hj Ayob hari ini menyempurnakan majlis perasmian 1st Malaysia Marine Industry Conference (MMIC) 2022 anjuran Institute of Engineers Malaysia (IEM) di UTM Residensi, Jalan Semarak.

Konferen ini melakar sejarah sebagai persidangan pertama yang melibatkan industri marin tempatan di Malaysia dan buat julung kali turut melibatkan para akademik dari 4 Universiti iaitu UTM, UPNM, UM dan UMT. Selain itu, konferen juga melibatkan beberapa agensi kerajaan diantaranya MITI, MOSTI, Jabatan Laut, Kementerian Pengangkutan dan TLDM.

Sungguhpun konferen ini berskala kecil melibatkan lebih kurang 150 peserta, namun hampir kesemua pemain di industri telah hadir. Justeru, konferen ini adalah kick-start untuk semua stakeholders membincangkan cabaran, peluang dan pelan tindak yang perlu dirangka untuk memastikan salah satu industri berat di negara ini berdaya saing dan boleh berkembang, termasuk keupayaan menembusi pasaran serantau.

Tema konferen kali ini di bawah Organising Chairman Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung ialah “Bridging the Government, Industry and Academia Towards Developing Indigenous Marine Technology”. Sepanjang MMIC, TLDM telah menyampaikan 2 Kertas Kerja, di mana diketuai oleh Ketua Jurutera TLDM serta Kepten Ir. Khairol Nizam bin Mansor TLDM.

Bagi memastikan industri marin tempatan kekal mampan dan berdaya saing, TLDM meyokong segala dasar dan inisiatif ke arah self-reliance. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan MMIC yang melibatkan hampir semua stakeholders.

Amira

Love yourself.

" "