Siakap Keli
Tumbuk sambal dalam wad

Pergi Melawat Pesakit, Viral Makcik-Makcik Santai Tumbuk Sambal Dalam Wad

Umumnya, ketika melawat di pesakit di hospital kita hanya membawa sekurang-kurang buah-buahan atau bunga sebagai ‘buah tangan’ kepada si pesakit. Amat jarang kita lihat pelawat yang membawa makanan berat ke hospital, apatah lagi hingga satai tumbuk sambal di dalam wad, biarpun yang dilawati adalah ahli keluarga sendiri.

Namun, lain pula yang terjadi di Indonesia apabila mereka datang menziarah pesakit di salah sebuah hospital di sana, tapi bukan buah atau bunga yang mereka bawa, malah mereka tumbuk sambal seperti sedang merewang di sebuah kenduri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fakta Indo di lama Instagram milik, kelihatan salah seorang mak cik yang datang menziarah sedang menumbuk sambal menggunakan lesung batu dan seorang lagi mak cik sedang perisi dipercayai cili.

Dalam video tersebut juga, kelihatan pelawat yang juga kelihatan sedang duduk bersila mengelilingi dalam bulatan kecil seolah-olah sedang berada di rumah sendiri bukan lagi hospital.

Meskipun begitu, pesakit yang duduk di atas katil hanya melihat gelagat mereka sambil tersenyum.

Apa kata netizen

Menerjah ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka melakukan hal tersebut seolah-olah sedang berada di rumah sendiri. Ada juga yang berpendapat tidak mengapa kerana pesakitnya kelihatan bahagia.

 

 

 

Berikut reaksi netizen yang telah kami kongsikan di bawah.

“Nasib baik tak buat konsert…”

“Kenapa tak bawa unggun api….”

 

“Hospital macam rumah sendiri…”

BACA: Bawa Bayi Ke Tempat Kerja, Polis Wanita Ini Dapat Pujian Ramai

BACA JUGA: Hormat Kontrak Dengan Mat Kilau, Yayan Ruhian Dedah Pernah Tolak Tawaran Berlakon John Wick 3

Sumber: Fakta.Indo

Faiz Mustafa