“Akan Akibatkan Hipotermia,”Jangan Bawa Bayi Ke Pawagam, Doktor Ini Perjelas Risiko Yang Bakal Menanti
Pasti ramai pernah ternampak golongan ibu bapa bawa bayi mereka menonton filem di pawagam.
Sebenarnya boleh ke bawa bayi masuk pawagam ini? Manakan tidak, bunyi speaker yang terdapat dalam panggung wayang kebiasaannya bukan perlahan.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa perkara lain seperti suhu dalam wayang dan sebagainya yang perlu diambil kira juga.
Adakah perkara itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada bayi tersebut?
Bagi menjawab persoalan itu, laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia ada penjelasannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian mengenai perkara itu seperti berikut:
Sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang fikir dulu. Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai.
1. Bunyi di ukur melalui nilai decibel (dB). Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi yang kuat secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan.
2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk; orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya. Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.
3. Pawagam adalah tempat yang tertutup. Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.
4. Koyak. Banyangkan tengah syiok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati. Hati penonton akan koyak. Stress. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.
Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita “heavy” di pawagam. Bergilir lah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Semoga dengan perkongsian beliau, dapat memberikan manfaat kepada semua terutamanya kepada ibu bapa, untuk mereka sedar akan bahaya yang menanti sekiranya membawa anak-anak yang masih kecil masuk ke dalam panggung wayang.
Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%