Siakap Keli
Chinese rose

Chinese Rose Boleh Disemai Dengan Hanya Menggunakan Styrofoam, Begini Caranya

Bercucuk tanam merupakan satu hobi, terutamanya bagi mereka yang meminati dunia tumbuh-tumbuhan. Tambahan pula, jika tumbuh-tumbuhan yang ditanam mengeluarkan bunga yang cantik, harum dan menenangkan. Ada pelbagai cara dan jenis tumbuhan kita boleh tanam. Antaranya yang boleh kita semai adalah pokok bunga Chinese Rose.

Hobi ini juga sering kali dikaitkan dengan mereka yang lebih berusia ataupun pesara-pesara yang mempunyai banyak masa terluang. Dengan masa yang ada, mereka boleh mencuba perkara baharu seperti bercucuk tanam bagi mengisi kekosongan ‘jadual’ setelah menamatkan perkhidmatan dalam apa-apa pekerjaan yang dilakukan sebelum ini.

Terdapat pelbagai method dan cara untuk bercucuk tanam, misalnya menyemai anak-anak pokok yang boleh diguna pakai seperti penyedian lubang pada tanah, pot ataupun kaedah tut.

Menerusi video Tiktok dari @Gardening lover, ianya menggunakan cara yang agak unik digunakan untuk orang ramai semai tanaman bunga jenis Chinese Rose dengan hanya menggunakan styrofoam dan redam di dalam air.

Cara yang perlu kita buat dengan menebuk lubang di tengah-tengah styrofoam dengan benda tajam, potong pokok Chinese Rose dan masukkan ke dalam lubang yang telah dibuat pada styrofoam untuk kerja-kerja semai.

Kemudian rendamkan dan biarkan ianya terapung sehingga batang pokok tersebut mengeluarkan akar.

Untuk gambaran yang lebih jelas dan mudah difahami, anda boleh ikuti perkongsian video yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

@plantsgardening789

Chinese rose can be cut like this#garden #plants #planting #gardening #fyp

♬ September – Earth, Wind & Fire

 

BACA: Bawa Misi Keamanan Dunia, Presiden Jokowi Tiba Di Ukraine Bertemu Zelensky

BACA JUGA: Pergi Melawat Pesakit, Viral Makcik-Makcik Santai Tumbuk Sambal Dalam Wad

Sumber: Tiktok Gardening Lover

Faiz Mustafa