Siakap Keli
Gambar: Addiction Centre

Pencipta Telefon Bimbit Titip Pesan Kurangkan Skrol Skrin Telefon & “Get A Life”

Pencipta telefon bimbit, Martin Cooper, dilaporkan menitip satu pesan khas kepada mereka yang banyak habiskan masa pada peranti perlu fikir semula apa keutamaan mereka. 

Memetik Metro UK, jurutera Amerika Syarikat berusia 93 tahun mencadangkan kepada orang ramai supaya berhenti melihat skrin telefon dan keluar mencari kehidupan sebenar (get a life’). Beliau berkata demikian ketika muncul dalam rancangan Breakfast terbitan BBC.

Cooper merupakan ketua di syarikat telefon bimbit Motorola yang bertanggungjawab mencipta telefon mudah alih pertama pada tahun 1970-an suatu ketika dahulu. Pada tahun 1973, beliau berjaya menjadi orang pertama dalam sejarah membuat panggilan telefon bimbit tanpa wayar di depan khalayak ramai.

Difahamkan, hasil sumbangan itu menyebabkan orang ramai memberi gelaran ‘Bapa Telefon Bimbit’ kepadanya. Ironinya, Cooper mengaku bahawa beliau sebenarnya tidak terlalu menggunakan alat peranti tersebut. 

Menerusi temu bual itu, Cooper menjelaskan beliau hanya meluangkan sebanyak 5 peratus daripada masa yang dimiliki kepada telefon bimbit.

Malah, beliau turut menyatakan rasa tidak percaya bahawa manusia mampu menghabiskan sehingga lima jam semata-mata untuk menggunakan peranti tersebut.

“Betul kamu habiskan masa lima jam bermain dengan telefon bimbit?

“Saya akan jawab ‘get a life’,” jawabnya pada temu bual tersebut, lapor Metro UK. 

Berapa banyak masa kita luangkan dengan telefon bimbit

Selain untuk kekal berhubung dengan keluarga atau rakan, menggunakan aplikasi Twitter dan terus berhibur dengan video TikTok yang tidak berpenghujung, ternyata telefon bimbit sememangnya penting pada masa kini. 

Jangan terkejut, tanpa kita sedar, di sepanjang usianya, seseorang itu sebenarnya menghabiskan masa sekurang-kurangnya selama sedekad hanya untuk penggunaan telefon bimbit.  

 Dalam satu kajian WhistleOut terhadap 1,000 pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat untuk melihat berapa banyak masa yang sebenarnya diluangkan untuk telefon, mereka mendedahkan hasil tinjauan yang mengejutkan, lapor Metro UK. 

Berdasarkan kajian tersebut, golongan milenium (lahir pada tahun 1981-1996) menghabiskan masa hampir satu perempat daripada kehidupan mereka pada telefon, 23.1 % dari hari mereka. 

Angka tersebut menurun kepada 16.5% kepada generasi X (lahir 1965 – 1980) dan lebih rendah bagi golongan ‘Baby Boomers’ (lahir 1946-1964) dengan 9.9% daripada waktu berjaga mereka. 

Dalam kajian itu juga menunjukkan purata bilangan jam dalam sehari yang orang ramai luangkan pada telefon yang juga sangat jauh berbeza diantara setiap generasi. 

Purata jangka masa skrin setiap hari untuk golongan milenium adalah pada 3.7 jam, Gen X 3 jam dan yang paling rendah adalah ‘Baby Boomers’ 2.5 jam. 

Dengan jumlah angka tersebut, WhistleOut menganggarkan bahawa purata penggunaan telefon sepanjang hidup mereka adala 8.74 tahun. Lebih-lebih lagi golongan milenial yang lahir dan membesar bersama teknologi ini. 

BACA: Arab Saudi Umum Sambut Aidiladha 9 Julai Ini

BACA JUGA: Lelaki Maut & 6 Kanak-Kanak Cedera Kemalangan Di Sungai Buloh

Sumber: Metro UK

Faiz Mustafa