Siakap Keli
fenomena aphelion
Gambar Hiasan Via Google

Fenomena Aphelion Dijangka Berlaku Esok, Bumi Bakal Berada Di Kedudukan Paling Jauh Dari Matahari

Fenomena Aphelion Dijangka Berlaku Esok, Bumi Bakal Berada Di Kedudukan Paling Jauh Dari Matahari

Satu fenomena yang dipanggil sebagai aphelion dijangka akan berlaku pada 4 Julai (esok) sekitar jam 3.10 petang waktu Malaysia.

Menurut Planetarium Negara, aphelion merupakan kedudukan bumi yang berada paling jauh dari matahari bagi tahun 2022.

Difahamkan, ketika itu bumi akan berada pada jarak 152,098,455 kilometer dari matahari berbanding dengan jarak 147,105,052 kilometer ketika ia berada di titik perihelion atau titik paling dekat dengan matahari pada 4 Januari 2022 yang lalu.

https://www.facebook.com/planetariumnegara/posts/pfbid0An6rcGZB6XVsZrv7r8TCPz4ij1mThtmK4WvWLMavkjGiiYPwGHCeMJJP8iUt3RSfl

Memetik laporan Space.com, orbit bumi bukanlah bulatan yang sempurna dan disebabkan itu aphelion dan perihelion berlaku. Manakala, tahap di mana orbit bumi ‘menyimpang’ daripada bulatan sempurna pula dikenali sebagai kesipian (eccentricity).

Daripada kesemua planet yang berada di dalam sistem suria, Zuhrah mempunyai orbit yang paling sempurna. Planet itu berkisar antara hanya 107 juta kilometer dan 109 juta kilometer dari matahari.

Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pula berkata disebabkan keamatan cahaya berubah sebagai kuasa dua jarak, maka cahaya matahari yang sampai ke bumi pada aphelion adalah kira-kira 6.5% kurang terang berbanding cahaya matahari yang sampai ke bumi pada perihelion.

BACA: NASA Dilapor Temui ‘Pintu’ Misteri Di Planet Marikh

Sumber: Planetarium Negara, Space.com, NASA

BACA JUGA: Wanita Terkejut Bil Hospital Ayah Sampai RM60K, Menyesal Tak Buat Benda Ni Awal-Awal

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.