Siakap Keli
kena buat lepas interview kerja
Gambar: Search Engine Journal

Ramai Yang Terlepas Pandang, Ini 3 Benda Penting Kena Buat Lepas ‘Interview’ Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak ramai yang tahu, sepatutnya tiga benda penting ini kena buat lepas interview kerja

Kebanyakan orang pasti pernah mempunyai pengalaman menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Sebelum menghadirinya, persiapan yang rapi dari segi mental dan fizikal sememangnya perlu dititikberatkan agar semuanya berjalan lancar.

Bagaimanapun, pasti ramai yang tidak sedar mengenai beberapa perkara yang perlu dilakukan setiap kali selepas temuduga.

Bukan hanya berteleku menunggu jawapan dari pihak syarikat sahaja, kita juga seharusnya mengambil inisiatif untuk ‘menyantuni’ mereka sepanjang tempoh tersebut.

Jika ada rezeki, mungkin kita akan terpilih dan diterima bekerja tetapi jika sebaliknya, jangan mudah patah semangat dan terus berusaha mencari kerja di tempat lain.

Bercakap mengenainya, seorang pengguna Twitter, @farid affy, ada berkongsi mengenai tiga perkara yang perlu dilakukan selepas temuduga.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Apa kena buat setiap kali lepas interview?

Ini adalah thread beserta template:

1. Nota terima kasih

Sebelum 24 jam selepas tamat interview, hantar satu thank you note kepada interviewer. Ini template/contoh thank you note. Sila olah-olah and jangan copy paste sebijik-sebijik.

Gambar Via Farid Affy

2. Nota follow-up

Selepas 7 hingga 14 hari masih tak dapat apa-apa kemas kini. Boleh hantar satu nota follow up. Tak perlu panjang-panjang.

Gambar Via Farid Affy

3. Nota pengecualian

Katakan company tu tak ghosting korang and dia update yang korang tak dapat kerja kat syarikat tu, so bolehlah hantar satu exception note. Boleh juga hantar exception note ni kalau dah terima offer dari syarikat lain juga.

Gambar Via Farid Affy

BACA: “Apa-apa Kami Akan Hubungi Awak,” Ini Antara Tanda Permohonan Temuduga Kerja Ditolak

Sumber: farid affy

Sofea Shahira

There's always another side to every story

" "